BUN COKLAT KAK LIZA

Ini dia bun coklat resipi "Kak Liza"....lembut, gebu dan montok u..ahakss, boleh buat minum petang, kalau suka boleh hias (atau pancitkan...hehehe) coklat cair atas dia, mat buat 1/2 adunan dari resipi dibawah, terima kasih Kak Liza...

Bahan-Bahannya :-)
500 g tepung berprotein tinggi
30 g tepung susu
20 g serbuk koko
100 g gula halus
11 g dry instant yeast
1 camca teh bread softerner (optional)
1 biji telur, dikacau dengan garfu
1/2 camca teh garam
250 ml air
80 g mentega
100 g Milk coklat untuk hiasan (tiada dalam resipi asal)

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali mentega, uli hingga menjadi doh. Tambah mentega dan uli hingga mentega sebati dan doh menjadi kenyal, licin dan anjal. Masa menguli kurang lebih 25 - 30 minit. KAEDAH LAIN :-) Satukan semua bahan2 dalam bread maker, pilih setting for dough, tekan dan tunggu hingga siap.
  2. UNTUK BUN COKLAT :-) Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, uli 5 minit dan bagi2kan doh pada saiz yang diingini, timbang untuk mendapatkan saiz yang sama besar. Bulat2kan dan susun atas loyang yang telah digris dengan mentega. Biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
  3. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 25 minit (mat bakar pada suhu 180C selama 20 minit). Bila roti masak, keluarkan dari oven dan sapu permukaannya dengan mentega. Alih roti atas jaringan dan biarkan sejuk.
  4. Cairkan milk chocolate secara double-boiler hingga cair, masukkan dalam piping bag dan buat zig-zag atas permukaan bun coklat tadi.
  5. CATATAN MAT GEBU ;-) Mat buat separuh adunan, dan untuk telur tu, lepas dipukul dengan garfu, mat ambil sebahagian atau pun kurang lebih 30g. Manakala bun coklat tu, berat setiap biji doh lebih kurang 41 g semasa dibentuk. Dapat 12 biji....

Post a Comment

6 Comments

  1. tgk bun u ni.. terus i timbang tepung..tp i buat 4 athia, so buat cam buat pau..taruk cokelat, tak taruk susu tepung..tak taruk telur..hek..tak tau la..resepi alter sendiri..nanti la kita saksikan hasilnnya...takecare

    ReplyDelete
  2. Jo..
    Rajinnya u...mat kalau tak de BM mesti tak buat punya...

    ReplyDelete
  3. Adoii..toing toing toing...mat sampai hati ko letak topping gitu..sikit pnya seksa kak tengok..eee xnak tengok laaa (*tutup mata)..Mat, ko jgan la ganazzz dengan coklat2 ni...huhuuu

    ReplyDelete
  4. Kak ummi, kalau tak letak, mcm tak seksi..itu pasal mat letak, dan kebetulan ada milk chocolate bila tah tatau, harap2 belum xpired...hehehe

    ReplyDelete
  5. amboi lajunye dapur cik mat... aduh coklat lagi.. kek marble i br je kuar oven... dah ada roti... sapa nak ngabihkan kek i... nak wat roti le plak..

    ReplyDelete
  6. kak yu pun laju beno gayanyaa...kek mat tu dah licin, kalau tak habis, 'paksa' anak buah habiskan juga...hahaha jenis pak sedara kejamm!!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.