BRIOCHE....( ROTI KONTROVESI??)


Dah lama breadmaker tu berehat, jadi hari ni mat pun mulalah mengerjakan dia. Projek hari ni, mat cuba buat "Brioche"...nama je lain tapi adunan asasnya adalah sama. Tapi kan satu yang kelako sangat pasal brioche ni...anak sedara mat yang paling kecil panggil "roti nenen"...ahakss...ada ke patut u...apa nak buat budak2, mereka sebut apa yang mereka lihat.....(((maaf yeaa, sebab ada sikit lucah!!)))...ampoonn!!!!

Bahan-Bahannya:-
120 ml air
250 g tepung roti (high-protein flour)
40 g gula halus
40 g mentega
30 g telur (pecah 1 biji telur, pukul sedikit dgn garfu dan timbang secukupnya)
10 g susu tepung
1 camca teh yis segera
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
Sedikit mentega untuk disapu atas roti

Cara membuatnya:-
  1. Satukan semua bahan2, kecuali mentega dalam satu bekas, gaul sehingga semua bersatu dan menjadi doh, uli 15 minit. Masukkan mentega sedikit demi sedikit dan terus menguli 10 - 15 minit lagi. Alih doh ke dalam mangkuk, tutup dengan plastic cling dan rehatkan 1 jam. KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan2 ke dalam breadmaker dan pilinh setting untuk doh. Biar hingga siap. (Lebih kurang 1 jam 30 minit).
  2. Keluarkan doh dan uli 5 minit. Bahagikan doh kepada 11 bahagian (kalau boleh timbang). Rehatkan doh 10 minit. Sapu 11 acuan tat berukuran 8 cm dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  3. Ambil sebiji doh tadi, cubit sedikit doh anggaran sebesar hujung jari kelingking. Bulat2kan. Lebihnya dibuat bentuk bebola dan letak dalam acuan tat tadi. Bubuh doh bulat kecil atas doh bulat besar. Tekan sedikit dengan jari supaya doh tadi melekat antara satu sama lain. Buat hingga habis.
  4. Rehatkan 40 minit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, 10 - 12 minit. Bila masak, keluarkan dari oven dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas. Selamat mencuba!!!

~~:RUPA DOH ROTI YANG DISIAP DIBENTUK:~~

Post a Comment

0 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.