BEN ASHAARI

Wednesday, January 6, 2016

RESIPI AYAM MASAK BALI

rsz_amb
Assalammualaikum, salam Rabu semua. Hari ni kepala mula dah pening nak masak apa. Ayam che mat dah keluarkan seawal pagi tadi. Plan nak masak merah, tapi entah kenapa tekak ni macam yea tak yea saja nak menerima menu masak merah. Maka ku bikin satu status di wall FB. Tiba2 komen datang dari teman blogger che mat.... Hakak Ruby Dot Com, dia bagi cadangan cuba ayam masak bali. Yea tak yea juga kan, dah lama sebenarnya ia viral di FB, dan ramai yang mencuba. Rata2 bagi feedback sedap dan resipi senang nak bikin. Ok, kita cuba... Dari apa yang che mat nampak, menu ni memang simple dan bahan2 tak banyak. Rasa dia, memang sedap. Che mat guna kurang lebih 1/2 ekor ayam saiz sederhana (satu keping peha saiz besar dan bahagian kepak saiz besar). Yang paling penting kat sini, serai kena lebih dan tak lupa daun kari. Jika anda wanita bekerja dan ingin menu yang senang dimasak, che mat rekomenkan yang ni.....Jommm lihat resipi..

BAHAN - BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
1 camca teh penuh kunyit serbuk*
3/4 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
6 batang serai, diketuk
4 pelepah daun kari
1 camca besar kicap lemak manis JALEN
1/3 cawan cili kisar
1 camca besar rata gula (atau secukup rasa)
Garam secukup rasa
1/2 cawan air

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng ayam tadi hingga hingga masak, tapi jangan sampai garing, cuma embal2 saja (che mat goreng dengan api sederhana dan tutup kuali, goreng dalam 15 minit sambil dibalik2kan, kemudian angkat dan toskan).
  2. Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan minya. Tumis serai hingga harum, masukkan daun kari dan masak sekejap. Tambah bahan2 kisar halus dan cili kisar. Kacau rata, masak hingga garing dan naik minyak.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah ayam, gaul rata dan tuang air. Masak hingga pekat. Kacau sekali sekala. Akhir sekali masukkan kicap lemak manis, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain....Selamat mencuba!

8 comments:

Kakcik Nur said...

Beberapa hari lepas kakcik buat ala2 ayam masak bali ni tapi macam masak rendang tanpa santan sbb ayamnya kakcik tak goreng dulu...

adda syuhada said...

wahhhhh sedapnyerrrr....

MAK TEH said...

Sedap ni che mat

Rabiatul Adawiyah said...

Hehehe sedapnya. Terbau-bau wangi serai dan daun kari tu. Che mat, ruby dot my lah. Kita dr Malaysia. Bukan dari UK tau. Pastikan serai halal tau. Wakakaka. Che mat esok nak masak apa plak?

cplud miera said...

Assalam che mat. Semalam ptg balik keje sy try resepi ni. asben pon suke siap minta wat lagi. cume sy tak letak belacan tapi sedap. kene pulak dgn nasi panas. perrrgh mmg terangkat. tq share ya :)

LM said...

Dah jumpa dah resepinya.. Tq che mat. Nak cuba buat ni nnt

aizamia3 said...
This comment has been removed by the author.
Suriya Majid said...

wah tengah trending ayam masak bali. bahan tak cukup lagi. kita buat ayam madu jelah..hehehe.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.