BEN ASHAARI

Monday, October 5, 2015

ASAM PEDAS IKAN PARI BERAROMA..

rsz_apnm
Asam pedas dah che mat berpisah tiada. Kalau dalam seminggu tak dapat, rasa kurang lengkap putaran hidup, sampai macam tu sekali penangan asam pedas ni. Walaupun ada yang kurang gemar, tapi tidak che mat. Ini menu yang che mat masak dua hari lepas. Bila tinggal sesorang jarang dah masak nasi, hadap apa yang ada saja. Tapi kadang2 tu gian gak, tu yang masak asam pedas. Asam pedas ikan pari ini ada pengaruh orang peranakan. Ada beberapa bahan tambahan dalam pes rempah dia yang che mat tumbuk guna lesung batu untuk mendapat feel dan rasa yang lebih asli...konon2nya lah. Cuma cili tu dikisar guna blender, nak giling, batu giling takde. Che mat masukkan terung dan tomato dalam asam pedas ni, terpulang samada anda nak taruk atau tidak, ikut selera masing2. Sebenarnya takde pantang larang atau hanya sayur2 tertentu saja yang boleh campur dalam asam pedas. Che mat sendiri pernah masukkan tempe, timun, batang keladi sayur, kentang, ubi keladi dan kacang panjang. Masih sedap dan ok rasanya. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping ikan pari
1 biji terung ungu, saiz kecil
1 biji tomato, belah 4
1 1/2 senduk nasi cili kisar
1 batang serai, diketuk
2 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 camca teh pes asam jawa
1/2 kiub ikan bilis (optional)
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 keping hirisan lengkuas
2 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dipotong pada beberapa bahagian, cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 15 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Terung dibelah 2, kemudian kerat 3 setiap belahan, rendam dalam air. Ketepikan.
  2. Panaskan 1/4 cawan minyak masak dalam periuk, tumis serai dan bahan2 tumbuk halus hingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa. Masukkan pes asam jawa dan kacau sebati.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 800ml), kacau dan biar mendidih. Tambah ikan pari dan terung, masukkan kiub ikan bilis (jika guna). Kacau perlahan dan masak sekejap.
  4. Masukkan bunga kantan, daun limau purut dan lada hitam. Perasakan dengan garam secukupnya dan masak hingga terung lembut. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, telur dadar dan ulam2man...

3 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

CM kena simpan batu giling buat koleksi

nayfatimah rasyid said...

lama dah tak makan ikan pari masak asam pedassss
balik nanti nak pi masak asam pedas hheheheee

Fuziah Idris said...

sedappppp nk Cm... harini cadang nak masak ikan merah asam pedas...|

Rahsia Kulit tapak tangan Lebut gebu seperti Bayi

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.