ASAM REBUS TEMPOYAK IKAN PATIN.

rsz_atip1
Assalammualaikum, salam Khamis semua. Hari ni che mat masak lewat. Tapi pagi tadi sebelum keluar, dah siap masak sup kentang campur telur untuk Bak. Tekak pulak rasa macam nak yang pedas. Tapi kat timeline di FB, che mat nampak Sis Linn menayang bahan2 masakan untuk asam tempoyak ikan patin, terus tekak mengidam dan nasib baik dalam freezer ada 4 keping isi ikan patin. Cepat2 keluarkan dan siapkan bahan2 untuk mula memasak. Resipi ini dalam kategori mudah dimasak. Kesedapan bergantung pada kesegaran ikan dan tempoyak yang anda guna. Che mat guna 100% cili padi dan tak letak daun kunyit, tapi diganti dengan serai, bunga kantan dan daun kesom. Bagi yang tak makan ikan patin, anda boleh ganti dengan ikan kembong, tapi rasa dia sudah semestinya tak sama. Che mat tuliskan resipi untuk anda cuba nanti.....

BAHAN - BAHANNYA :-)
4 keping hirisan ikan patin
1 kuntum bunga kantan, belah 2
2 batang serai, diketuk
1 genggam daun kesom
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
15  biji cili padi warna merah
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 camca besar tempoyak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan patin diperap dengan jus limau nipis sebentar, ketepikan. Masukkan bahan2 kisar dalam periuk bersama serai titik dan air secukupnya (anggaran 800 ml). Kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan asam gelugor. Sementara itu cuci ikan yang diperap tadi hingga bersih, toskan dan masukkan ke dalam periuk. Kacau perlahan. Tambah bunga kantan dan daun kesum, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, kicap dan ulam2man..
CATATAN MAT GEBU :- Anda boleh tambah timun tua, timun biasa, peria dan sebagainya dalam masakan ini jika suka. Kalau masukkan peria, masukkan pada awal kerana ia mengambil masa untuk empuk. Kalau timun biasa atau timun tua, boleh masukkan sejurus anda masukkan ikan patin. Selamat mencuba!

Post a Comment

5 Comments

  1. Saya tak pernah makan tempoyak lagi. rasanya macam durian ka? masam ke lemak2? nak kena try ni.. Tp tempat sy xjumpa lg tempoyak.huhuhu

    jemput singgah blog saya juga
    https://simplybeautyhealth.wordpress.com

    ReplyDelete
  2. sedapnya..lme tak mkn...bw dr www.housewifearts.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. macam manalah agaknya rasa dia bila tambah peria ya? pahit2 sikit tak?\
    Aishah

    ReplyDelete
  4. Saya tak pernah lagi masak ikan patin..
    Biasa beli yang dah siap masak kat kedai.
    Mudah rupanya nak sediakan untuk masak ikan patin. huhu..

    ReplyDelete
  5. Assalam Mat...

    Shedapnyaaaa Matt..nasib baik aku dah pandai masaknyaa hehehehe

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.