BEN ASHAARI

Saturday, July 4, 2015

BISKUT RAYA 5 : BISKUT DAHLIA .

rsz_dahlia
Assalammualaikum, semalam che mat bikin biskut Dahlia. Ada juga yang panggil semperit, tapi bagi kami, semperit tu bisku bentuk lain. Kalau yang ni Dahlia. Ada macam2 resipi dalam internet dan ada juga semperit susu, tapi che mat tak pernah cuba,  Biskut dahlia ini che mat telah guna resipi yang sama sejak bertahun2 dulu. Biskut dahlia boleh dikategorikan dalam jenis biskut yang 'kaya' atau senang cakap, sedara mara butter cookies sebab penggunaan mentega. Dan guna mentega yang bermutu untuk mendapat rasa keharuman dan kelemakkan biskut dahlia ini. Untuk biskut dahlia, che mat tak guna esen vanilla, tapi che mat guna esen rose yang bila anda bakar akan memberi bau yang sungguh nostalgia, terkenang zaman dulu2 era guna oven hitam cap kupu2 yang ditenggekkan atas dapur tu. Satu lagi che mat tak boleh nak agak berapa anda akan dapat untuk satu adunan, sebab biskut dahlia che mat ni jenis 'gagah perkasa', tengok saiz dia dah macam kerongsang, besar!...Apa2 pun resipi ini in sha Allah akan menghasilkan biskut dahlia yang sedap....Resipi seperti berikut.

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram mentega (che mat guna EMBORG)
140 gram gula aising, diayak
2 kuning telur
3-4 titik pewarna kuning makanan
1/2 camca teh esen rose (boleh guna esen vanilla)
240 gram tepung gandum*
100 gram tepung jagung*
160 gram tepung custard*(*disatukan, gaul rata dan diayak)
Ceri merah dipotong kecil untuk hiasan

dahlia1
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati, jangan sampai kembang. Masukkan kuning telur satu persatu dan putar. Masukkan juga pewarna kuning makanan dan esen rose. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan tepung yang telah diayah tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Doh agak lembut sedikit. Ketepikan.
  2. Sedikan dulang pembakar, che mat tak sapu mentega, biarkan macam tu saja. Isikan doh dalam acuan penekan yang dipasang muncung biskut dahlia. Kemudian tekan dalam dulang tadi, pastika anda jarakkan seperti dalam gambar. Buat hingga siap dan hiaskan atasnya dengan ceri merah yang dipotong dadu.
  3. Panaskan oven pada suhu 170C selama 10 minit. Kemudian bakar bisku dahlia 20 - 25 minit. Pastikan lepas 10 minit, anda pusing2kan dulang pembakar untuk biskut masak sekata. Bila biskut masak, keluarkan dari oven dan biarkan dalam dulang selama 5 minit. Kemudian sejukkan ke jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara...Selamat mencuba!

4 comments:

Eellee Nana said...

Biskut peberet ni

amalza abdullah said...

Salam che mat nak tanya mcm mna nak dapatkan kelopak dahlia yang cantik dan kemas mcm ni? ada sebarang petua tak ? saya selalu tekan guna acuan plastik tapi kelopak tak cantik macm ni

annur2110 said...

Tq dapat ilmu aru, nanti bolehlah saya gantikan esen vanila dengan esen rose untuk biskut dahlia ni!

Zarina Ibrahim said...

Cik Mat, tolong simpan biskut ni....tak sah raya kalau tak makan biskut dahlia ni tau....inshaAllah sampai ke sedenak nanti...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.