BEN ASHAARI

Monday, June 1, 2015

CUCUR JAGUNG RANGUP

rsz_cekodok_jagung
Salam semua, jarang che mat dapat peluang nak update entri dua kali sehari. Nak kata apa, masa tak mengizinkan. Tapi petang tadi terbikin cucur jagung rangup. Dah lama juga nak bikin, tapi disebabkan batuk, che mat kena lah pantang dari makanan yang berminyak dan bergoreng. Korek2 dalam pantry, nampak ada 1 tin kecil jagung cap Ayam, bukan jagung cream style tu, tapi jagung biasa. Ok, kita bikin cucur jagung. Buatnya mudah dan che mat olah dari beberapa resipi cekodok atau cucur yang ada dalam blog ini. Kali ni tak guna baking powder, tapi che mat masukkan sedikit air panas mendidih dan sedikit cuka makan. Hasilnya cucur rangup diluar tapi lembut di dalam, dan tidak menyerap minyak sangat. Sedap dimakan bersama sos cili, tapi che mat lebih suka cicah citrus mayo seperti dalam gambar tu, boleh beli di Tesco. Resipi agak mudah dan jika anda nak mencuba, jomm che mat kongsikan seperti berikut...

BAHAN - BAHANNYA :-)
1 tin kecil jagung dalam tin (Ayam brand)
1 biji bawang besar, didadu
15 tangkai kucai, potong pendek
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air 
1/4 cawan air panas mendidih
3/4 camc teh garam atau secukup rasa
1/2 camca teh cuka makan JALEN
Sos pilihan anda untuk mencicih 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan jagung dan masukkan ke dalam bekas bersama bahan2 lain kecuali air panas dan sos. Gaul hingga rata. Kemudian tuang air panas mendidih dan kacau pantas hingga sebati. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan minyak untuk menggoreng terendam. Sudukan satu camca besar bancuhan cucur jagung ke dalam minyak panas, pastikan anda jatuhkan adunan di tepi kuali, maksudnya dibahagian tepi kuali yang ada minyak. Buat beberapa biji cucur jagung dan biar masak. Balik2kan untuk mendapat masak sekata. Goreng hingga kuning keemasan. 
  3. Angkat dan toskan minyaknya. Taruk atas tissue dapur bersih agar minyak tersedap. Buat kaedah sama untuk baki adunan cucur jagung hingga siap. Hidangkan bersama sos pilihan anda. Sesuai untuk minum petang atau sarapan pagi...


6 comments:

Shahida Dzulkafli said...

Makan lak time2 hujan, ditemani koph o panas..Perghh!!

Shahida Dzulkafli said...
This comment has been removed by the author.
Yaya Azura said...

lama dah kak tak cucur tak letak cili..anak-anak kecil ni tak tahan pedas..nanti kalau buat letak jagung jer lah..

Nadia Johari said...

petang-petang makan sedap ni

Natrah Mohamed said...

Aduhai. Sekarang juga nak buat. Hihi..

Terima kasih Che mat.

Natrah Mohamed

Atasha said...

Sedapnyee dapat makan cucur udang rangup ni...
lawat blog sy jugak ye

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.