BEN ASHAARI

Tuesday, November 4, 2014

JERUK BUAH KEDONDONG ASAM BOI

rsz_jeruk_amra_asam_boi
Assalammualaikum, salam Selasa. Ok, untuk entri pertama ni che mat tak mo share menu lauk, sebab che mat masak petang nanti sebab bonda masih berpuasa. Maka che mat kongsikan satu resipi ringkas yang tengah viral di FB dan InstaGram. Punyalah merata2 orang bikin. Tempoh hari che mat ada juga buat guna epal hijau. Kali ni kita guna buah amra atau buah kedondong pulak. Depan rumah che mat memang ada satu pokok kedondong, tak tinggi kurang lebih 5 kaki macam tu. Kebetulan berbuah. Jadi kita boleh lah buat projek meleleh air liur. Kali ni che mat guna asam boi jenis merah (tu pasal dalam gambar jeruk tu warna oren) dan kedondong pulak dalam 12 biji setiap satu yang bersaiz sebesar telur ayam gred A. Buah kedondong jenis hybrid ni rasa dia tak masam dan bijinya kecil. Kalau saiz kecil anda boleh guna dalam 20 biji atau lebih. Resipi memang senang sangat, dan seperti biasa, anda kena perap dalam 3-4 jam dalam peti sejuk. Tapi kalau dah tak tahan sangat, lepas 1 jam pun bole tibai saja lahhh.....Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
12 biji buah kedondong @ buah amran
2-3 biji cili padi thai (kalau tak suka pedas tak yah letak)
1 camca besar penuh gula pasir
6 biji asam boi merah, hiris dan cincang halus
1 biji limau kasturi, perah jusnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas buah kedondong hingga siap, cuci dan toskan. Kemudian hiris kecil dan masukkan dalam mangkuk besar. Hiris cili padi (buang biji kalau tak suka terlalu pedas) dan masukkan ke dalam mangkuk berisi buah kedondong tadi.
  2. Tambah gula, asam boi yang telah dicincang halus dan jus limau kasturi. Gaul rata2 dan masukkan dalam belas bertutup. Simpan dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam sebelum dimakan. Enak dimakan sejuk..

10 comments:

Eny Abdullah said...

sedapnyeee... drooling betul. ni buah amra masak ke che mat? isi dia kuning kan...

adda syuhada said...

sedapnya...

Sis Lin said...

Ngencesss weiii..
Kesian manglkuk tu, penuh sampai x muat, patut ko hantar aku sikit tau Mat!!

Hamidi SP said...

Wah..memang meleleh air liur kalau resepi ni..

thisni3zahata said...

Uishhhh..Sedapnya..Terliur saya tgk..

namakucella said...

Salam Pakcik Mat..
Ni mak kita suruh bagitau yang pucuk kedondong tu sedap sangat kalau dijadikan ulam.Saya pun mak saya paksa suruh cuba.Rasanya lemak-lemak masam & rangup..cuba tau..tq

ummi aqilah (LM) said...

Kemain menggoda lg jeruk cm. beberapa hr lps LM buat gak jeruk amra ni sikit. Tp buat yg muda je .

Aku Penghibur said...

tergoda, terliur, leleh air liur.. nyum nyum

Ummi Abida said...

ala, haritu gi cari asam boi tak jumpa. meleleh dah air liur ni! nak cuba dengan mangga atau jambu

Qider said...

jeruk oh jeruk..pagi2 buka blog ni nampak jeruk terus kecur air liur

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.