CUCUR BAWANG RANGUP...

rsz_cekodok_bawang_ragup

Sekarang ni kalau petang saja, mula mendung dan hujan. Bila dah hujan maka melilau lah orang2 dirumah sekitar ruangdapur. Kadang2 rasa tak bes juga kan bila meja kosong, takde apa untuk minum petang. Dan salah satu menu paling simple, paling mudah ialah cekodok. Ada pelbagai cara dan resipi untuk bikin cekodok. Dan che mat sendiri tiada resipi khusus, yang mana aku buat dan menjadi, itulah resipinya. Biasanya cekodok atau jemput2 atau cucur, anda boleh adun cair atau pekat. Kalau nak cucur yang lembut, buat adunannya lembut, kalau suka pejal sikit, bancuhan biar pekat sedikit. Telur dan serbuk penaik antara bahan yang memainkan peranan penting untuk mendapat cucur yang lembut. Ada juga yang bancuh dengan air panas, tapi che mat buat yang biasa2 saja...yang mudah lagi senang...

rsz_cekodok_bawang_rangup1

Dalam cucur ini, che mat masukkan juga 1 genggam ikan bilis. Anda boleh ganti dengan udang hidup, kalau dapat udang bersaiz kecil. Kalau udang anda guna besar, kerat2 biar kecil. Ada yang komen di FB, cucur macam ni sedap kalau dimakan dengan kuah kacang, tapi che mat makan sama sambal tumis sotong, ehemm, sedap you! Kalau tengok resipi nanti, ia agak banyak. Dan jika anda ingin mencuba dalam kuantiti tidak banyak, bijak2 lah yea kurangkan bahan2 dalam resipi...boleh kan?...alah che mat tau anda orang yang bijak, pasti boleh. Sebelum kita lihat resipi, sudi2kan lah singgah di sini...terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1 camca besar tepung beras
3 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh baking powder
2 biji bawang besar, saiz sederhana, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 pokok daun sup, hiris
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng terendam
Sos atau sambal tumis untuk dimakan bersama cucur

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalam satu bekas, masukkan bawang, daun sup, cili merah, cili hijau dan ikan bilis. Tambah garam secukup rasa (anggaran 1 camca teh) dan baking powder. Gaul rata2. Masukkan telur, gaul lagi dan tambah tepung gandum dan tepung beras. Kacau rata.
  2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata dan air habis. Rehatkan sekejap. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Kacau adunan tadi, sudukan 1 camca besar penuh dan tuangkan ditepi kuali (tuang biar sebahagiannya jatuh dalam minyak panas. Buat beberapa cucur bawang untuk sekali goreng dan setiap satu kaedahnya sama, dituang tepi kuali.
  3. Perlahan2, jatuhkan cucur ke dalam minyak panas dan goreng hingga kuning keemasan pada setiap bahagian. Angkat dan toskan, susun secara sendeng pada dulang yang dialas kitchen paper towel. Buat hingga siap dan boleh hidangkan bersama sambal tumis atau sos pilihan anda..

Post a Comment

24 Comments

  1. Fav saya ni En. Mat...sedapnya makan dgn sos/sambal pedas2.

    ReplyDelete
  2. sedapnya! mmg suka makan cucur, tapi tak pernah try makan dgn sambal sotong. pasni boleh laa cuba...

    ReplyDelete
  3. che mat kalu letak sikit kapur makan ganti bikarbonat tu blh kan.. eh wife pcl dah buat rangup juga, saja tanya che mat ..stail org tua² dulu lah.

    ReplyDelete
  4. Pagi2 nampak cucur jemput cik mat, sat lagi harus ku buat :)

    ReplyDelete
  5. erm dapnye. duk bujang ni susah sikit nak masak2 nim. bizi kerja jaaaaa..tapi resepi ni kena amik ni. haha

    ReplyDelete
  6. Assalam Mat..

    Mat..air tu ko pakai air suam je ek? Betul ke orang kata kalau pakai air sejuk, cekodoknya jadi rangup..aku selama ni pakai air suam je, tu pun bibik indon lama aku yg cakap macamtu, tp tak pernah lagi aku cuba..
    Cuma masa dia ada, dia bt cekodok tu, bolat2..aku buat leperrrr jeee huhuhu

    ReplyDelete
  7. apakah pengunaan tepung beras tu ye nak kasi rangup ke??? sedapnye nampak cucur bawang ni, lain dr yg lain, nampak tak berminyak langsung. pandai che mat buat.....
    Jom lawat blog saya http://enyyusnizar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. saya kalau buat jemput2...adunan tepung tu saya tak overmix....just mix gitu2 je....macam buat muffin...tak overmix....tak guna telur pun sebab mama saya tak suka telur....hihi...

    ReplyDelete
  9. Dlm resepi yg sama tpi dri group lain, mreka recomen guna kn baking powder supaya ia akn nmpk gebu...ranggup di luar & lembut di dlm...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum En Mat😊
    Azah copy yer resepi ni😉

    ReplyDelete
  11. Abg mat.. sy x minat cuxur bilis. To sejak duduk Australia ni saya cuba try test buat.. mmg dari awal guna resepi abg mat.. seingat saya dah 4x buat.. mmg sedap sgt2.. rangup luarnya. Harini bereksperimen letak 2 biji telur.. x rangup lah pulak.. kecewa.. next time x boleh derhaka....

    ReplyDelete
  12. Cucur memang sedap dimakan pepetang&pagi.... utk cucur kentang rangup jemput la ke blog saya...tq http://www.suemilie.blogspot.com/2015/05/cucur-kentang-rangup.html

    ReplyDelete
  13. Nnt nak Try resepi ni plak. 👍😃

    ReplyDelete
  14. Best nya.. 😂😂 Ada x kurang yg stay Kat US mcm saya? Ada x yg tau Kat mana Ada jual ikan bilis? Sini org x suka ikan bilis... sedihkan. Nak buat sambal x dapat, buat cucur x dpt..

    ReplyDelete
  15. rahsia rangup sebab tepung beras tu kan?

    ReplyDelete
  16. Suka sangat makan cucur rangup mcm ni, memang fav saya, suami dan anak-anak... nanti nak cuba buat... harap menjadi dengan sempurna... nanti boleh la masak dengan penuh confident depan mentua😆😆... thanks resepinya...
    Kalau Sudi, boleh lawat tapak blog saya ya tuan and satu penghargaan buat saya jika tuan sudi follow blog baru nak up saya ni.. https://mellcomell.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  17. masukkan skit tepung beras ye?
    ok ok... faham :)
    tq.

    ReplyDelete
  18. Terima kasih. Dah buat hari ini

    ReplyDelete
  19. Buat utk berbuka tadi..mmg lembut..rangup.. sedap..kena cuba resepi ni..TQ En. Mat..masyaAllah

    ReplyDelete
  20. Kena cuba nie,nak makan ape pon dah tak tahu sekarang ni 😊

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.