BEN ASHAARI

Thursday, September 11, 2014

SAMBAL TUMIS SOTONG PETAI

rsz_sambal_sotong_petai (1)
Sambal sotong sedap dimakan dengan nasi lemak, nasi putih atau dicicah ubi rebus, lempeng, roti jala dan sebagainya. Ada yang boleh makan, dan ada yang tidak atas faktor kesihatan (che mat sendiri tak berapa boleh makan, nanti jadi 'seksi' atau bahasa biasa 'gatal'...tapi ubat ada, dan kita pun makan sekali sekala saja... ye ke sekali sekala?...hmmm). Tambah enak bila dimasukkan petai yang rasanya lemak2 pahit dan bau dia....ehemm, bucuk2 sedap. Bagi yang tak makan petai, toksah khuatir, tak perlu letak petai. Nampak kecik nau sotong tu?..Ha ah, guna sotong jenis kecil atau sotong comet, nak guna sotong saiz biasa pun boleh tak salah. Ganti dengan udang, ikan bilis, kerang, kupang semua boleh....ikut selera masing2...ok...Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram sotong saiz kecil (kurang lebih)
2 papan petai
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 camca besar pes asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan air

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 keping hirisan nipis halia
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dibersihkan, buang bahagian dalam sotong, cuci dan toskan, tak perlu kerat (kalau anda guna sotong besar, perlu dikerat pada saiz sederhana). Petai diambik isinya dan belah dua setiap satu. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau dan masukkan petai. Tuang air dan masak hingga petai empuk.
  3. Masukkan sotong, kacau dan tambah hirisan bawang besar. Perasakan dengan garam secukup rasa dan gula secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat dan bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi lemak, nasi putih atau sebagai bahan pencicah.

8 comments:

KiD said...

waaaah... petai ni... mesti mak-mak ramai yang suka ni.. hehehe

Mat Gebu said...

@ KID - biasalah saya kan geng2 makcik kantin...

Aishah Ahmad said...

Biasa letak bilis.kali ni nk cuba la letak sotong plak.tq for the recipient mat gebu
.

azimah mohd zainuddin said...

Selalu buat ikan bilis atau udang sahaja, tak pernah pula try sotong. Kena cuba untuk tahu rasanya macam mana. Mesti sedap.

feel free to BW http://www.lovehutladyvitamin.com

Azura Aziz said...

tak pernah pulak buat sambal sotong dgn petai.. slalu smbal ikan bilis atau udang jer.. bole try ni..

ummi aqilah (LM) said...

Sama mcm mereka.. Biasanya bilis dan udang saja sy letak petai. Tq che mat berkongsi resepi

Mia Kassim said...

Salam ... tak pernah makan petai selalu tengok gambar je.
Tapi nampak menyelerakan. :)

Scarlett O'Hara said...

Selamanya petai memang number 1!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.