MAGGI KARI DAN CINCAU SOYA...EHEMM....

rsz_meegi_karie
Assalammualaikum, salam Khamis...ni hari che mat masak petang, tu pun masak yang biasa2 saja. Sebab dah masak petang, maka tengah hari tadi ku masak maggi kari sebagai makan tengah hari, cover sarapan pagi sekali. Bak pulak dia makan mi sup, baki sup ayam semalam, sebab Bak pun tak selera nak makan nasi. Jadi dapatlah che mat bermalas2 sekejap, sebelum ke dapur nanti. Masak petang ni pun untuk bonda bukak puasa, menu biasa2 saja, tak perlu share pun takpe. Orang selalu komen, kata che mat kalau masak apa2 meriah sangat. Ntah lah sebab dah jadi kebiasaan, memang suka meriah2, baru nampak ceria dan pelbagai. Ia umpama cerita dalam kehidupan, lagi banyak cerita lagi meriah. Kalau setakat maggi togel aje...alaahh hai macam orang mati bini pulak, takde apa dah. Cuma kalau meriah tu tidak lah over the limit, masih meriah dalam kesederhanaan gitu. Walaupun ia hanya masak maggi, tapi che mat tetap jadikan sebagai entri blog. Lepas tu minum pulak sama soya cincau, yang ni mudah, beli air soya kotak saja, lepas tu beli cincau. Cincau che mat suka parut (guna parut yang ada lobang2 tu, bukan parut kelapa yea). Lepas tu masukkan cincau dalam air soya, letak ais kiub dan biar sejuk...sesuai sangat denga maggi kari tu....terliur kan?..Jomm kita masak maggi kari...haha, macam 'bagus' aje!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 bungkus mi maggi perisa kari, asingkan perencahnya
1 biji telur
1 camca besar cili kisar
2 biji bawang merah kecil, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 keping daging burger ayam (jenama Ramly)
1 ekor sotong saiz sederhana
2 batang jejari ketam
1 pokok kecil sawi bok choy
3 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan air, celur mi maggi tadi selama 30 saat, angkat dan toskan. Daging burger dibahagi kepada 6 bahagian, kemudian bulat2kan setiap bahagian menjadi bebola. Sotong dibersihkan dan kerat kecil. Jejari ketam dipotong 2 setiap 1 dan cuci sawi bok choy, leraikan satu persatu, tos dan ketepikan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak masak (che mat guna minyak zaitun). Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum dan layu. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tuang air dan masukkan perencah kari (yang disertakan dalam paket mi maggi). Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan daging burger yang dijadikan bebola tadi. Biar masak sekejap.
  3. Kecilkan api, pecahkan telur dan biar telur masak (che mat biarkan kuning dia 1/2 masak saja). Tambah sotong dan jejari ketam. Kacau perlahan, jika kurang kuah boleh tambah sedikit air panas. Masukkan sawi bok choy dan akhir sekali tambah mi maggi yang dicelur tadi. Kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang dalam bekas sesuai, hias dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan segera selagi hangat.

Post a Comment

3 Comments

  1. Ni siapa yang makan ni? Nak kata masakkan Mak Yah, waktu berbuka lom masuk :D

    ReplyDelete
  2. Walau pun maggie tapi jika CM yang masak mmg menarik jadinya.

    Masak ni kena berseni kan cmg, bila meriah, byk rencahnya pasti rasa x mengecewakan. Yg penting ikhlas kita masak tu.

    P/s:saya cuba buat kaswi resepi cm tu. sedapnya.. X cukup seloyang

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.