APAM GANDUM GULA MELAKA...

rsz_apam_gula_melaka

Salam semua, hari ni che mat berkesempatan masukkan satu lagi entri. Bila masak petang, maka jadual waktu che mat agak berubah. Kenapa masak petang?..sebab bonda berpuasa maka che mat pun masak agak lewat. Tadi siang sambil2 kemas dapur, terbuat pulak apam gandum, kali ni guna melaka. Resipi asal dari Kak Yatie Memories, pakar buat kuih2 talam. Apam tepung gandum bukan sahaja enak dimakan bersama kelapa parut, malah dicicah sambal tumis pun sedap sangat. Seratus peratus menggunakan tepung gandum, takde letak2 tepung beras atau nasi. Kalau tak biasa buat, kadang2 ia meragam juga, che mat sendiri pun ada masa fill nak buat apam tembam yang gebu dan montok. Tapi yang ini alhamdulillah, menjadi dengan sempurna...

rsz_apam_gula_melaka1
Bersaiz agak besar, dan che mat kukus dalam loyang bulat bersaiz besar kurang lebih 12 inci. Kalau anda guna loyang 4 segi, guna saiz 10 inci x 10 inci x 3 inci. Kalau buat dalam acuan kecil, boleh dapat banyak. Perlu dikukus dengan api besar dan tutup kukus dibalut dengan tuala dapur bersih (tuala 'good morning'). Satu lagi kalau anda nak simpan, pastikan diisi dalam bekas kedap udara. Jangan dibiarkan terdedah, nanti apam jadi kering. Sebelum che mat share resipi, nak kasi satu tips menyimpan instant yeast. Anda boleh simpan dalam freezer untuk memanjangkan jangka hayat yeast tadi. Bila nak guna, keluarkan awal dan biar pada suhu bilik dan boleh digunakan. Jangan tak percaya, che mat buat macam tu lah dengan yeast yang tak habis digunakan. Jomm lihat resipi dan sekali lagi, terima kasih Kak Yatie..

BAHAN-BAHAN A :-)
1/2 cawan hirisan gula melaka
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan, disimpul

BAHAN-BAHAN B :-)
11 gram instant yeast (mauripan)
1/2 cawan air suam
3/4 camca teh gula halus

BAHAN-BAHAN C :-)
4 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
Secubit garam halua

Kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam, untuk dimakan bersama apam.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak bahan2 A hingga gula larut dan mendidih. Biar sejuk, kemudian tapis. Dalam satu bekas, satukan bahan2 B, kacau rata hingga sebati dan biar 10 minit hingga bancuhan yeast berbuih2. 
  2. Masukkan tepung ke dalam bekas besar bersama secubit garam halus, kacau rata. Tuang bancuhan yeast, 1/2 cawan air dan air gula melaka tadi. Kacau rata dengan whisk hingga semua sebati dan licin. Perap 1 jam hingga adunan naik dua kali ganda.
  3. Panaskan kukusan, balut tutup kukusan dengan tuala dapur bersih. Lenser loyang berukuran 10 inci x 10 inci x 2 inci dengan sedikit minyak atau marjerin. Tuang adunan apam tadi, biar 10 minit, kemudian kukus dengan api besar selama 40 minit atau hingga masak.
  4. Uji dengan mencucuk lidi sate bersih dibahagian tengah apam, jika keluar bersih, tanda apam telah masak. Keluar loyang dari kukus dan biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut bergaram untuk minum petang atau sarapan pagi. Selamat mencuba!!

Post a Comment

7 Comments

  1. walau apam ni simple, ianya menarik bila Che Mat yg buat....bab potongan kuih tu pun kemas sngt....kalah akak taw...esok nak buat gaklah....suka kuih2 mcm ni...tadi nak buat, tapi akak terbuat kuih kaswi plk...dua2 kuih tu kuih dulu2...tapi akak suka sngt...

    ReplyDelete
  2. CMG ni menggoda akak dgn apam tu tau. Arwah tok dulu2 selalu buat dan kuih ni mmg favourite akak. Mcm CMG ckp tadi, cicah sambal pun...huhu..sedap gilalah!!

    ReplyDelete
  3. musim apam kot la ni... saya pun buat apam jugak, hihihi apam nasi :)

    ReplyDelete
  4. salam..che mat..nk tnya,step yg ke-2 tu,1/2 air tu..air suam or air biasa..air tambhn or air yg dh ada dlm bhn B tu..sdikit confuse la..blh che mat terngkn..tq

    ReplyDelete
  5. Terima kasih...ni tengah tunggu yeast kembang ni...

    ReplyDelete
  6. Tq ye kongsi resepi yg sangat sedap ni memang menjadi..semalam dah buat.

    ReplyDelete
  7. Dah buat..mmg jadi dan sgt2 lembut👍👍

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.