BEN ASHAARI

Monday, March 24, 2014

SINGGANG REBUS IKAN PELALING...

rsz_singgang_rebus_ikan_kembong_baru

Salam semua, hari ni che mat masak singgang rebus saja. Ada yang tak suka?..takpe faham, masakkan macam ini bukan semua yang gemar. Che mat orangnya senang, apa saja yang halal dan tidak memudaratkan, semua aku ok. Kenapa che mat suka masak singgang?...selain ia satu masakan senang dan cepat dibuat, ia juga hidangan sihat. Yelah kan che mat kerap masak menu2 berprofile tinggi dan agak mewah dari segi kolestrol, jadi sekali2 kita selitkan dengan menu2 ringkas dan sihat. Lagi pun Bak antara penggemar masakan singgang, nak2 ikan segar yang baru naik dari laut.. Kalau che mat sebut baru naik dari laut ni bukan dah 2-3 hari ditangkap, tapi baru dalam 1 jam ditangkap. Tu pasal ikan dia bila dimasak singgang, punya lah sedap dan rasa isi ikan dia, masya Allah...lemak, manis dan segar sangat...

IKAN SEGAR

...mana pulak cekaunya che mat dapat ikan baru?....Tu hari masa ke Endau, kami singgang dirumah kenalan lama Bonda yang pernah menetap di Sedenak. Rumah beliau betul2 berada di Kuala Pontian, Pontian sini bukan Johor, tapi Pontian di Rompin. Beliau pulak jenis suka ke laut dan kebetulan masa kami singgah beliau baru saja balik, dan memang dah rezeki, maka dapatlah kami ikan pelaling segar (seperti gambar di atas) dalam 3+ kg macam tu...Ikan pelaling ni seakan2 ikan kembong dan rasa dia lebih lemak dari ikan kembong. Satu lagi bila ikan segar, anda masak apa sekali pun ia memang sedap. Esok kita bakar ikan pulak yea...ehemm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor ikan pelaling segar, disiang dan cuci bersih
1 batang serai, diketuk
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, hiris nipis
1 camca teh pes asam jawa (atau 1 keping asam gelugor
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Tuang air dalam periuk (anggaran 1 liter), masukkan hirisan bawang besar, bawang putih ketuk, halia, serai, pes asam jawa (atau asam gelugor dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan ikan dan perasakan dengan garam secukupnya (kalau suka nak masukkan kiub ikan bilis pun boleh). Kacau perlahan dan biar mendidih. Tambah cili merah dan cili hijau. Masak sekejap hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam2man..

11 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

pertama kali tahu pasal ikan pelaling (namanya) tapi ikan ni macam biasa nampak... masak singgang ni macam masak tomyam jugak, kena cukup sukatan bawang, lada rempah, garam dan asam kalau tak macam tak kena jer rasanya.. nampak jer macam senang, betul tak Che Mat?

Mat Gebu said...

@seri kandi - betul kak, tapi saya suka singgang serani sebenarnya, cuma Bak lebih suka singgang macam ni...

Kakzakie said...

Kakak suka style singgang macam ini. Kuahnya pun sedap. Kalau masuk kacang bendi pun kakak suka..

Mat Gebu said...

@kakzakie - errr...alaaa. bila akak sebut bendi..baru teringat ada bendi dlm peti sejuk...grrr.....

razwien said...

Saya suka singgang....selalu masak singgah bewarna putih kuahnya, tu bmkna x letak kunyit..eheehe..bcoz my mertua xsuka letak kunyit..but sedapp sbb singgang ni rase masam2..pembuka selera...salam perkenalan uoolsss, jom visit our page --> https://www.facebook.com/580234235365326/photos/a.580653675323382.1073741827.580234235365326/580650231990393/?type=1&notif_t=like

INA said...

suka lauk camnie..bila makan suka hirup kuahnya..so yummy..

Siti Maira said...

sedap singgang nie...best mkan dengan nasi panas2...

Ayu said...

Asalam mat..
akak pun sama macam mat..suka singgang serani recipe matlah of cos..hehe..campak cili padi..lepas tu kunyah..wow..kalau tersalah gigit bijinya tu menangis tak berlagu..:)

cheesedan kejubakar said...

blog walking here.. blog ini mnjadi sumber inspirasi saya utk memasak (wpun hakikatnye x pandai masak) hihi

cik mun said...

timekasih.resepi ni helps a lot! :D

fatimatuzzahra said...

hmmm kecur air liur..singgang memang fav saya..mudah n cepat..macam masak maggi lak..yg pasti sedappp..balik ni nak buat singgang ikan tongkol..


Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.