BEN ASHAARI

Monday, March 3, 2014

LEMAK CILI PADI AYAM DAN ADY BUDIKA...

rsz_lemak_cili_padi_ayam

Assalammualaikum, salam Isnin. Hari ni che mat sibuk sikit dan baru ada masa nak update blog. Takpe lah kan, janji update walaupun hanya entri ulang tayang. Lemak cili padi ayam dan Ady Budika memang tak boleh dipisahkan. Hari ni Ady turun ke Johor dan sempat juga beliau singgah di pondok Che Mat. Selain masak lemak cili padi, che mat buat juga sambal sotong kacang tanah dan sayur sawi putih tumis udang kering. Masakan biasa aje, tiada yang istimewa. Sebenarnya Ady berhajat nak buat sesuatu di pondok che mat...haipp bukan buat kerja tak senonoh, tapi kerja yang berfaedah yea. Sebelum datang tu hari dia ada kata nak buat resipi makaroni bakar ala Johor macam yang ini. Tapi ada bahan2 yang tak cukup. Jadi tak boleh letak ala Johor tu yea tak....

ady budika
....tuu dia, pengantin baru yang tak berapa nak baru sangat, tapi inai masih ada lagi. Untuk buat makaroni bakar ni agak senang. Ciken aje kan Ady?. Tapi che mat minta maaf sebab tak dann nak ambik rupa produk akhirnya. Takpe2 jangan risau anda boleh follow IG beliau @soleh_ahmad , kat situ ada gambar makaroni bakar yang kami buat. Resipi sama aje macam resipi ala Johor tu juga...senang aje buatnya....Ok, che mat tulis resipi lemak cili padi ayam....errrr...bukan makaroni bakar yea...Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 gram ayam yang telah dipotong pada saiz sederhana, cuci dan toskan
5 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1 dan rendam
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
500 ml pati santan
1 kiub pati ayam (optional)
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
35 biji cili padi kampung (boleh kurang atau lebihkan)
1 inci kunyit hidup
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan ayam, kentang, serai titik dan bahan2 kisar halus ke dalam periuk. Gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan cair, kacau dan masukkan kiub pati ayam (jika guna). Biar masak hingga kentang 1/2 empuk.
  2. Tambah asam gelugor. daun kunyit dan pati santan. Kacau rata, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga kentang empuk dan ayam masak. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain..


8 comments:

Sunah Sakura said...

Kacaknya suami saya...hiks

Ayu AyuZali said...

Adyy

Ayu AyuZali said...

Ehemmmm

Suzie said...

Sedapnya ....suka sangat masak lemak ayam

adda syuhada said...

Salam CMG...
Nampak sedap lemak cili padi tuh...

adda syuhada said...

Salam CMG...
Nampak sedap lemak cili padi tuh...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

beso betul hajat Ady, Alhamdulillah terlaksana...

ayam lemak cili padi feberet Kak Sari juga..

mustaqim zamhuri said...

boleh try nie...my fav

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.