Salam semua, tak larat nak masak, kalau masak pun setakat goreng2 telur aje, loooo tak caya ke, nanti lah entri yang akan datang anda tengok, apa che mat masak. Untuk tengah hari ini, kita minum dulu lah kan. Benda biasa aje. Entri macam ni kalau che mat buat masa bulan puasa, sah2 ada yang pingsan tergolek atas lantai opis katanya. Sirap bandung cincau tu bukan apa sangat, siapa2 boleh buat. Tapi kata orang lah kan sirap bandung ni femes di Johor tapi jangan cari di Bandung, Indonesia, memang tak jumpa, macam tu juga mi badung. Yang ni che mat buat cepat, cuma guna kordial sirap Jalen, susu rendah lemak, cincau yang diparut dan ais kiub. Kalau anda nak tambah air pun boleh. Sirap Jalen tu dah sedia kala manis, anda tak perlu tambah gula lagi....Nak resipi?...alah hai senang sangat, nak tulis pun segan...
BAHAN-BAHANNYA :-)
Kordial Sirap Ros Jalen secukupnya (atau sebarang jenama)
Susu rendah lemak secukupnya
Cincau yang diparut secukupnya
Ais kiub secukupnya
Air mineral jika perlu
CARA MEMBUATNYA :-)
- Tuang susu rendah lemak secukupnya ke dalam gelas. Kalau suka boleh tambah sedikit air. Perlahan2 masukkan 2-3 camca besar kordial sirap ros Jalen. Tambah ais kiub dan akhir sekali sudukan 2 camca besar cincau yang telah diparut.
- Biar sejuk dan sebelum diminum, anda perlu kacau perlahan hingga semua bahan2 rata. Selamat mencuba... ehemm....
6 Comments
ehemmm! Malu nak cakap.. feberet Kak Sari jugak ni... huhuhu.. semua feberet tu.. tolak kayu ngan batu jer Kak Sari ni, hihi
ReplyDelete@ kak sari - saya tak boleh hadap selalu benda2 macam ni kak..tapi sebab tekak ni sakit, teros ngidam sangat sirap bandung cincau..
ReplyDeleteAssalam che mat. Febret akak ni. Tapi akak buat, tak jadi mcm ni...tercampur susu dgn sirap tu. Ada petua atau cara tak supaya tak bercampur?
ReplyDeleteChe Mat! nak segelas...
ReplyDeletetak payah tunggu puasa.. skearang pun rasa nak tergolek dah,, hahhaha
ReplyDeleteIni betul gurauan kasaq time musim panas ini.
ReplyDeleteBetul2 menyelerakan....
Bakal dicuba nanti.
www.broframestone.com