BEN ASHAARI

Monday, February 17, 2014

APAM KARAMEL YANG GEBU DAN LEMBUT...

rsz_apam_gula_hangus

Assalammualaikum, salam Isnin...hari ni mengidam apam karamel atau apam gula hangus pulak...sampai ada yang konpius bila che mat kata mengidam..haha, releks ok, ai tak bunting's pun (eerr...tapi memang dah bunting padi sejak dulu lagi...hahaha). Sebenarnya masa che mat masak pagi tadi, tiba2 teringin nak buat apa karamel yang macam che mat pernah buat dulu. Apam tu memang lembut dan gebu, senang cerita yang takde gigi pun boleh makan. Rasanya just nice tak manis sangat dan tidak leer tawar melesey. Sesuai untuk minum petang atau sarapn pagi. Biasanya apam macam ni dimakan begitu sahaja dan tidak menggunakan kelapa parut. Tapi kalau nak, boleh saja, tak siapa larang..akhirnya nanti masuk tekak siapa?....pandaii....tekak sendiri...hehe....

rsz_apam_gula_hangus1
Nampak tak ke tembaman apam karamel che mat tu, gebu aje kan macam budak ni.. Sampai merekah2 macam gunung berapi pulak tu. Tapi kata bonda dia suka apam merekah, nampak geramm aje nak makan...Oooo....ok. Untuk resipi ini anda akan dapat dalam 12 biji apam yang bersaiz agak besar (saiz standard muffin yang jual kat kedai tu). Kalau anda guna acuan kecil yang comel2 macam kuih lompang, sah2 dapat banyak...errr banyak mana tu che mat tak pasti, anda kena cuba sendiri. Sebab che mat malas nak sapu2 minyak pada acuan, maka ku alaskan dengan paper cup sahaja. Lebih senang kerja..Ok jomm resipi, serius senang sangat buat dia, tak perlu risau apa2, kena cuba baru tau anda ada skill memasak atau tidak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/2 camca teh esen vanilla
2 biji telur gred A
2 camca besar penuh mentega atau majerin
1/2 cawan minyak masak (che mat guna minyak jagung)
2 camca besar penuh susu pekat manis
1 1/2 cawan tepung gandum (che mat tambah lagi 1 camca besar)*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula hingga menjadi karamel, guna api sederhana dan kacau selalu. Bila karamel kelihatan berbuih, kecilkan api dan tuang air sedikit demi sedikit, pastikan anda kacau guna senduk bertangkai panjang untuk mengelakkan percikan dari gula panas. Kacau rata, biar mendidih dan matikan api. Biarkan sejuk seketika.
  2. Panaskan kukus, balut kukus dengan tuala dapur yang bersih. Alas acuan dengan paper cup atau lenser acuan apam kegemaran anda dengan minyak masak. Ketepikan. Kacau mentega, telur dan minyak masak hingga berkrim, gunakan whisk. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega, kacau rata.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, sambil dikacau rata. Tambah esen vanilla dan gaul sebati. Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh, buah hingga siap dan kukus 15 - 20 minit bergantung pada saiz acuan yang anda guna. Keluarkan dari acuan dan biar sejuk sebelum dihidangkan...

11 comments:

HASRUL HASSAN said...

Hahaha .. wife aku baru je buat apam ... :) siap buat 3 version lagi .. almaklumlah baru nak mencuba ...

Mat Gebu said...

@harul hassan - apa kata share kat blog tuan tu...ehemm..

Kak Rose said...

waaa... sama lah kuih kita petang ni...tp kak rose punya x cantik macam cmg punya... hu hu hu

Zamani Abe said...

mcm pernh mkn, mcm tk pernh mkn.. hehe

sofiah decastro said...

En mat..tny sikit..gula tu nanti bila dimasak tk jadi likat ke...sebelum likat dah tutup api ke hbs warna tk dpt lah keprangan sbb dah likat baru keperangan kan...

sofiah decastro said...
This comment has been removed by the author.
sofiah decastro said...
This comment has been removed by the author.
ibh_sue said...

Apam ni betul2 mengancam...

Mat Gebu said...

@sofiah decastro - ok, macam ni, gula tu kita masak dan kacau sampai cair, guna api kecil. Terus kacau sampai berubah warna jadi peerang, bila dah peerang, gula akan mula berbuih, terus kacau dan masa ni anda tuang air tapi awas, ia akan memercik, tu pasal che mat sarankan guna senduk berulu panjang. Ok, tuang habis air tadi, kacau dan biar mendidih. Matikan api dan biar air gula sejuk..

Sury Abil said...

lama dh x buat...esok klu rajin blh buat...mmg mengancam !

sofiah decastro said...

Ok tq ya.....mcm nak buat jer rasa..tp ntah kan bila...kukus pun tak ada lagi..hheh