BEN ASHAARI

Wednesday, January 1, 2014

BANANA MOCHA MARBLE CAKE..

banana mocha marble cake

Assalammualaikum, selamat tahun baru 2014!!...Entri pertama untuk tahun baru ni che mat buat kek...jangan main2, grand kan pembukaan entri tahun baru. Nak tergelak sebenarnya, grrrr..ni semua gara2 terlampau teruja menderhaka resipi, sampai kek 'marble' tidak beberapa terserlah ke marble annya. Sebenarnya che mat nak habiskan stok pisang montel yang che mat beli tempoh hari. Yelah zaman jimat cermat telah muncul, jadi kenalah manfaatkan setiap yang ada, kalau masih ok, tak rosak, kita guna sebaik mungkin. Kalau kira dah nazak sangat baru lah di buang atau dibuat baja kompos untuk tanaman organik. Semalam che mat memang plan nak bikin kek ni, tapi sebab dah petang sangat, tunda ke hari ini. Jam 9 pagi dah mula projek...Walaupun tak berapa nak marble sangat, namun tetap sedap...ehemm...

banana mocha marble cake1
Sebenarnya kek ni bukan semua bahagian yang takde kesan marble, tapi che mat malas nak belah banyak kawasan, tadi masa lepas photo shooting, che mat belah bahagian lain, memang nampak ke marble annya. Yang anda nampak dalam gambar atas ni, cuma bahagian bawah sajakan, nampak pun tak menarik sangat..Takpe, itu tandanya che mat bukan pakar seperti anda sangkakan...hehe..selamat aku. Ok, kalau anda nak mencuba, ia memang tak susah, che mat cuma oter dari resipi kek pisang yang pernah che mat buat dulu...Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
5 biji telur gred A
15 gram ovallate
100 gram mentega, dicairkan
125 gram minyak jagung
225 gram pisang, dilecek halus (che mat guna pisang montel
120 gram gula pasir
1 camca teh perisa mocha
Beberapa titik perisa pisang
1 camca besar serbuk koko*
2 camca besar air panas*(*disatukan dan kacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser acuan bunt pan dengan mentega. Ketepikan. Putar gula pasir dengan ovallate hingga sebati. Masukkan telur dan putar dengan kelajuan tinggi hingga pekat seperti adunan kuih baulu. 
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan pisang yang telah dilecek, putar rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar hingga sebati. Tuang mentega cair dan minyak jagung, gaul rata dengan spatula hingga sebati. 
  3. Cedok keluar 2 cawan adunan kek dan masukkan perisa mocha dan bancuhan serbuk koko tadi. Kacau hingga rata. Kemudian masukkan perisa pisang ke dalam baki adunan, kacau rata. Tuang adunan pisang ke dalam acuan kek, kemudian sudukan adunan coklat, lorekkan dengan cop stick untuk mendapat kesan marble. 
  4. Bakar selama 45 minit atau hingga masak, bergantung pada oven anda. Bila masak, sejukkan kek sekejap, kemudian keluarkan dari acuan dan biar sejuk sepenuhnya atas redai. Boleh hidangkan untuk minum petang dan sebagainya..


4 comments:

nadzim bakri said...

SEdapnyer...hujung minggu ni nak buat ler...hehe...
mama yg buat..kite tlong makan jew che mat

Lynn Munir said...

Nampak sedap sangat dan mouldnya pun cantik.

Qashmere said...

saya pun buat kek marble....tapi pakai serbuk koko je.

cantik acuan

amirah said...

tak marble sgt pun takpe sebb ada salji2 kat atasnya..huhu..sure sedap ni

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.