SELAMAT TAHUN BARU 2014 MASEHI

Assalammualaikum, tau2 dah nak melangkah ke tahun 2014...dan seperti biasa bila muncul tahun baru, soalan yang dah basi pun mula berbunyi..."apa azam tahun baru?"....serius dah menyampah dengan soalan2 macam tu, memang bagus, tadi pada che mat, elok lah berazam setiap hari, dengan memperbaiki diri agar lebih elok dari semalam. Tahun 2014 boleh dikategorikan sebagai tahun yang membebankan rakyat Malaysia. Dengan peningkatan harga2 tertentu sudah pasti memberi impak yang besar pada bahan2 lain. Tarif elektrik juga naik dan ini bukan benda yang 'kecil' pada kita, kecuali mereka2 yang memang sedia kala "berjimat cermat"...atau istilah lain, tanggungan mereka, kita yang bayar. Apa2 pun bersyukur lah..kalau tak, nanti kena pindah keluar dari Malaysia pulak...ehhh...kita ni siapa dalam Tanah Melayu ni?...

Tahun 2014 ini che mat berharap sangat, tiada lagi isu2 panas antara blogger dan pihak2 media. Cukup2 lah dengan apa yang telah berlaku..ikutlah etika yang 'anda' sendiri telah tentukan dan tak perlu sehingga kami blogger yang kecil ini memberi peringatan. Apa2 pun terima kasih pada mereka2 yang begitu jujur dan bijak menghargai kami sepanjang 2013...pada pihak media cetak juga, terima kasih. Kadang2 bila kita berada dalam situasi tegang, perasaan tak senang tetap ada, yelah hak kita dicabuli sapa tak marah, yea tak...moga 2014 ini menjadi tahun yang lebih bertoleransi antara blogger dan pihak media...

Pada teman2 blogger, FB, InstaGram dan sebagainya, terima kasih atas sokongan anda pada blog DTS sepanjang 2013. Tak lupa pihak JALEN yang memberi peluang che mat mempromosikan produk mereka dalam bentuk resipi. Pada semua, berhati2 lah dalam apa jua tindakkan yang kita buat, elok pada kita, mungkin hina pada orang lain, hati teman2 harus dijaga. Ampon dan maaf jika terkasar bahasa sepanjang che mat berblog....Selamat tahun baru masehi 2014 pada semua, moga kita berada dalam keadaan makmur dan sejahtera...insha Allah..

Post a Comment

8 Comments

  1. Salam, Che Mat. Selamat tahun baru ya, apapun yang berubah hanyalah nombor, kita tetap orang yang sama jika kita tidak mula untuk berubah ke arah yang lebih baik.. betul tak?

    Che Mat, sayangnya Kak Sari sangkut dalam jem masa kat KL tu, kalau tak dapat kita berjumpa kan.. lama tak jumpa Che Mat..

    ReplyDelete
  2. salam.. Che Mat.. Selamat menyambut tahun baru.. Betul kata Seri Kandi Tanah Jauhar.. apa yg berubah hanya nombor.. Kita tetap sama.. ALLAH DAH TARIK BALIK REZEKI DAN NIKMAT YANG DIA BERIKAN KPD KITA RAKYAT MALAYSIA.. kita kena terima dgn sabar dan ikhlas. So jom kita sama2 NAIKkan kekerapan berdoa kpd AllAH agar dipermudahkan urusan seharian.. InsyaAllah.. Free je kan.. hehe..Kalau asik nk merungut je hidup ni tak kemana kan.. Semoga Che Mat terus sukses dalam berblog dan dalam kehidupan.. InsyaAllah.. amin..

    ReplyDelete
  3. Happy New Year Ah Mat Gebu.. lama tak panggil ko AMG kan?

    ReplyDelete
  4. Selamat Tahun Baru , serupa lah gan sis azam tiap2 hari bukan setahun sekali cuma "berharap" tahun ni lebih bagus dr tahun depan..

    Tahun 2014 akan lebih kerap sis singgah ke sini sb nak ikut resepi dlm ni..almaklum le nak lebih berjimat cermat..hehehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum....

    Selamat Tahun Baru 2014 buat insan yang ku kenali di alam maya. Semoga dikau berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Semoga tahun baru ini memberi sinar kehidupan yang lebih cemerlang buat kamu. Insya Allah...Mohon maaf jika ada terkasar bahasa sepanjang persahabatan kita. Sudilah kiranya dikau mengunjungi coretan saya sempena tahun yang paling mencabar ini.

    Selamat Tahun Baru 2014

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.