BEN ASHAARI

Wednesday, December 25, 2013

TELUR DADAR CENDAWAN....

rsz_telur_cendawam
Errkk....telur dadar aje ke?...huhu, ni hari che mat sibuk lah, jadi tak sempat nak masak yang berbintang2 sangat. Tadi keluar sekejap, tapi nasi dah kasi masak dulu. Balik tu lepas Zohor cepat2 che mat rebus bendi, goreng ikan bawal dan telur. Sebenarnya ini satu cara untuk anda pelbagaikan telur dadar. Dan memang mudah bagi yang dah biasa, tapi bagi yang baru2 nak ke dapur pasti mereka tertanya2 ok ke campur macam tu tak pelik ke?. Tak langsung, malah lagi sedap. Kalau anda suka keju, boleh juga tambah sedikit parutan keju dalam tu. Kalau nak lagi meriah, boleh juga letak isi udang atai pun hirisan jejari ketam. Kadang2 telur dadar juga boleh menjadi satu hidangan yang amat menarik dan menyelerakan...
rsz_telur_cendawan1
Che mat kalau goreng telur dadar, suka tambah baking powder, ada yang suka letak mayonnaise kan, itu pun boleh, apa kata cuba tambah sedikit baking powder, insha Allah telur dadar anda makin gebu dan tembam. Satu lagi untuk mendapat telur dadar yang gebu, guna pan bersaiz agak kecil, contoh macam che mat buat ni, guna non stick pan saiz 8 inci untuk 4 biji telur. Kalau suka pedas boleh masukkan hirisan cili padi. Untuk mendapat telur dadar yang garing, anda kena lebihkan sedikit minyak, boleh guna minyak zaitun atau canola jika ingin lebih sihat. Ada telur dadar, ikan goreng, nasi panas dan kicap JALEN sudah memadai....Jomm kita goreng telur dadar cendawan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur saiz besar (gred A)
1 cekak cendawan 'shimeji"..boleh lihat contoh di sini
1 biji bawang besar, didadu
1/4 bahagian trafficlight capsicum, didadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
5 pokok daun kucai, kerat kecil
1 camca teh baking powder
1 camca teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan semua bahan2 diatas kecuali telur dan garam ke dalam satu bekas, gaul rata dan tambah garam secukup rasa (kurang lebih 3/4 camca teh). Masukkan telur, dan kacau rata dengan garfu. Ketepikan.
  2. Panaskan non stick pan saiz 8 inci, masukkan 2 camca besar minyak zaitun atau minyak canola. Biar hingga panas dan masukkan bancuhan telur. Kecilkan api dan tutup pan dengan tudung periuk, biar hingga masak (2 - 3 minit).
  3. Bila permukaan telur nampak kental, berhati2 terbalikkan dan masak lagi hingga perang keemasan dan garing. Alih telur dadar ke dalam pinggan sesuai dan boleh hidangkan..

9 comments:

Azie said...

Cantiknyer telur dadar CHe Mat. Saya dulu dulu biasa buat menggunakan cendawan putih

tomato oren said...

betul cik mat telur dadar ni boleh buat mcm mcm variasi..sy pnh taruk nenas, ayam, sosej jgk dlm tu..ok jgk sedap..hihih..

nyanyisunyi said...

Telur dadar cendawan ni first time tenguk..penah buat telur dadar peria..sedap juga.

farizah farr said...

Gebunya..menariks!!

adda syuhada said...

sedapnya....

Intan Zairina said...

First time dgr masak telur dadar guna baking powder.... Nak try lah nnt... Thanks CM!

Afasz said...

sedap nye. kene try ni

shahrinabd said...

nampak sedap. sy biasa gorang telur letak maggi cukup rasa je. dasar pemalas. malam ni nak try resepi ni. simple je

Eellee Nana said...

nampk sedap, biasa dk goreng telur dadar daun cekur je..hehe
boleh cuba resepi ni pulak, nmpk simple and menyelerakan ^^

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.