Assalammualaikum, sejukk hari ni, dan che mat pun ala2 lemau masuk angin..rasa nak melingkau aje. Tapi kita kat rumah ni mana ada masa nak bermalas2 sangat, ingat kerja rumah satu tanggungjawab besar sebenarnya. Ok sebabkan che mat tak masak hari ni, maka che mat masukkan entri beberapa hari lepas, errrr....beberapa hari tu kurang lebih 2 hari lah. Ada masa kan dalam peti sejuk takde benda yang berkenan untuk dimasak. Takpe, cari kat tempat lain pulak, lokasi bahan2 mentah kat dapur che mat ni banyak dan bila dah jumpa bahan2 sepatutnya, boleh lah on projek...Projek apa tu?..alah hai masak sup kentang aje pun, style ayat macam masak susah sangat. Tapi kan masak sup kentang ni kalau kena gayanya memang menyelerakan. Tapi jangan lah hari2 hadap sup kentang, memang lah jemu. Seperti biasa, ada sup kentang, buat sambal belacan, ikan masin atau ikan goreng dan telur dadar. Makan sama nasi panas, sertakan kicap lemak manis JALEN....serius tak yah yang lain...
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji kentang, kupas, belah 8 setiap 1 dan rendam
1 genggam kincham, disimpul dan rendam
6 kuntum cendawan black fungus segar, potong pada saiz sederhana, rendam
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam
1 kiub pati ayam
2 hirisan nipis halia
4 ulas bawang merah kecil, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 camca teh serbuk lada sulah
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Cili merah, dibuang biji dan dadu kecil, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan 2 camca minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan kentang (toskan). Kacau rata dan masak sekejap.Tuang air secukupnya (anggaran 1.2 liter). Masukkan kiub ayam. Biar mendidih hingga kentang 1/2 empuk.
- Tambah cendawan dan masak hingga kentang empuk. Masukkan kincam (tos dan perah) dan soo hoon (toskan). Perasakan dengan garam secukup rasa dan tambah lada sulah. Masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu kecil sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda tak nak guna kiub ayam, anda boleh guna air rebusan tulang ayam atau ganti dengan isi udang. Alternatif lain anda boleh masukkan bebola ikan atau ayam ke dalam sup kentang agar lebih menarik....
11 Comments
nyumm...sy suka jengok blog ni sebab yang pertama, gambarnya cantik dan menarik, yang keduanya pulak kerana resepi²nya
ReplyDeleteSalam CMG...wow, cantik berseri supnyer...kreatif gitu siap simpul2 lagi bahan dalam sup tu...Likee...:)
ReplyDeletecantiknya gambar...guna kamera apa tu CMG?
ReplyDeletesedap nye. makan panas2 hirup sedap tu
ReplyDeleteCMG ni rajin & kreatif tau. Kakak kalau masak kincam tu tak ikat pun masuk aje..
ReplyDeletePetang ni kakak nak buatlah sebab semua bahan ada.. ingat nak masak lemak tak jadilah nak cuba buat macam ni.
aduyai, cik mat ni selalu buat perut saya berkeroncong di pagi hari ini...
ReplyDeleteSaya pun suka juga Che Mat....sedap.
ReplyDeleteLagi sedap kalau org lain buat, I yg tukang makan. Hu, hu...
ReplyDeleteLagi sedap kalau org lain buat, I yg tukang makan. Hu, hu...
ReplyDeleteSedapnye dpt hirup sup... Slurrppp...
ReplyDeletesedapnya sup ni..saya pun nak buat juga la.
ReplyDelete