BEN ASHAARI

Saturday, November 2, 2013

TITIK PAPAYA @ SUP PEDAS BETIK

rsz_titik_papaya
Assalammualaikum, salam Sabtu..anda dah makan tengah hari?...Che mat hari ni masak yang betul2 senang tapi amat sedap di tekak che mat. Pernah dengar 'titik papaya?'..bunyi macam buah papaya atau betik kena hempuk aje kan, tapi ia satu masakan orang peranakan baba nyonya, kira macam asam rebus orang melayu tapi tidak guna asam. Masakan ini agak unik, dan bila anda makan dengan nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng....hmm i tell you...sedapp okehh!!.. Semalamkan che mat dah masak gulai nangka, jadi hari ni masak pulak yang ringan2 dan rebus2. Resipi asal che mat ambik dari buku Florence Tan, chef  peranakan nyonya yang tersohor tu. Tapi che mat masak ikut kesesuian bahan2 yang ada. Che mat guna daun kunyit dan anda boleh ganti dengan daun kesom kalau suka. Resipi memang mudah, boleh disediakan dalam jangka waktu yang singkat...tapi pastikan anda ada bahan2 yang diperlukan...Jommm masak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji betik mengkal saiz sederhana
1 genggam isi udang
2 helai daun kunyit, disiat
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
2 biji cili merah
3 biji buah keras
1/2 inci belacan
1 camca teh lada sulah biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas betik, belah 2 dan buang bijinya. Kemudian belah 3 untuk setiap 1 belahan, dan hiris serong sederhana tebal. Ketepikan.
  2. Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk, tambah air (kurang lebih 1 liter). Kacau dan biar mendidih. Masukkan betik dan isi udang. Masak hingga betik empuk, tambah daun kunyit dan perasakan dengan garam, sedikit serbuk perasa dan gula secukup rasa. 
  3. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng...


1 comment:

TukangKebun said...

Oh simple and healthy. Nak cuba juga suatu hari nanti. Betik dekat belakang tak pernah berhenti stoknya.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.