Assalammualaikum, moga anda semua sehat dan dilindungai Allah swt....Nampak tajuk entri che mat tu, macam sensasi aje, macam tajuk depan akhbar nasional pun ada gak. Tapi apa yang che mat tulis tu memang betul. Baru2 ni kecoh di FB dan che mat tau ada segelintir yang berbisik2 kata che mat saja nak kasi panas kan isu2 kecil, bukan macam tu...Bila anda rasa teraniaya, takkan anda senyum bangga siap buat pulut kuning serta ayam golek...mestilah anda rasa kecewa, betul tak?..Nak2 bila hak anda dirogol dan diperkosa sesuka hati..hilang dara...hilang teruna....tak rasa geram, tak rasa frust ke?..
Isu ini che mat anggap selesai tapi dalam entri ini che mat nak tulis apa yang che mat rasa sebenarnya. Kadang2 che mat rasa bersalah bila menghangatkan satu2 kes yang melibatkan che mat dan blogger2 masakan lain, tapi bila ku cermin balik diri ku yang tak sehebat dia ini, timbul satu bisikan semangat..."kenapa kau harus rasa bersalah bila orang lain melakukan kesalahan terhadap diri kau!!"...Yea memang betul...terus rasa SEMANGAT!!..dari segi logik akal memang patut che mat bersuara dengan tegas.....
Pada pihak berkenaan jadikan lah ini satu pengajaran dan pada wartawan2 dan pihak2 editor, ajar dan pantaulah anak2 buah anda, pastikan mereka tidak melakukan kesilapan. Dalam hal ini kita tidak boleh salahkan mereka sepenuhnya, che mat sendiri pun salah kerana kurang ambik berat dengan saranan teman2 agar watermark diletakkan pada bahagian tengah gambar. Ok, lepas ni che mat akan lakukan. Dan pada wartawan2 yang 'baru', sebelum anda lakukan apa2 terutama untuk menggunakan hasil orang lain di alam cyber ini, kalau segan nak minta izin sekali pun, letaklah sumber dari mana, boleh kan?...bukan susah mana. Satu lagi, perihal gambar, kalau betul2 anda ikhlas nak berkongsi resipi kami, tak perlu lah crop untuk buang watermark. Jujur lah..kerana ia akan menjaga reputasi anda, majalah anda dan bidang kewartawanan anda......
Ampon dan maaf jika terkasar bahasa...
10 Comments
Orang takkan faham unless dia sendiri yg rasa. Saya dh pernah kena hal ciplak menciplak ni. Memang orang kata 'hekeleh, mcm tu pun nak berkira'. tapi bila kena kat diorang bising tak ingat. Tapi sy punya kes bukan pasal resepi la. hihi.
ReplyDeleteSetuju sangat
ReplyDeleteSemoga depa sedar akan kesilapan yang dilakukan.
ReplyDeletesokong che mat! *angkat sepanduk*
ReplyDeleteSalam Che Mat, hak kita perlulah dihormati. Ciplak hasil yang kita buat adalah tidak patut. Etika mesti ikut.
ReplyDeleteHak kita kene pertahankan...tak malu ke majalah tu kan dah ade name x kan xde duit kot nak bayar hak orang lain yg hanye ciput cume...malunye..
ReplyDeleteAs salam CMG jgn rasa bersalah luahkan jer...mmg patut pun....penerbitan cam ini lah yg membuatkan nama syarikat sendiri lingkup...pepepun hidup CMG!!!
ReplyDeletesedapnyer
ReplyDeleteTak Mungkin Benar
Azim Aris
Darah Mengaum
kes ciplak ni memang menyakitkan.. kalau hasil usaha dirobek(diguna sesuka hati) tanpa izin memang menyakitkan ..watermark lagi bagus..
ReplyDeletemohon kongsikan artikel masakan di www.kongsiblog.com
thanks
mulut orang memang kita tak boleh nak tutup. asalkan kita tahu kita betul, kita perlu bersuara
ReplyDelete