BEN ASHAARI

Saturday, November 9, 2013

TERUNG SAMBAL UDANG KERING...

rsz_terung_sambal_udang_kering
Salam semua, nak ikutkan ni semalam che mat cuti masak, dan paginya che mat dah goreng nasi (errr...tu bukan masak ke...hmmm) konon yang tu merangkap makan tengah hari sekali. Tapi kan baru teringat bonda puasa, takkan lah nak kasi makan nasi goreng..patut tak...patut tak?....tak patut kannn.. Jadi petang tu che mat buat kan terung sambal udang kering dan ada lah lauk2 lain sikit sebagai santapan berbuka puasa. Terung yang ni che mat guna jenis organik dalam 3 biji. Dan untuk sambal tu mudah saja, guna cili hidup dan che mat tambah udang kering untuk kasi rasa lebih sedap. Sambal anda boleh buat lebih dan simpan dalam botol. Kalau nak simpan, pastikan anda tumis dengan lebih sedikit minyak agar sambal yang anda simpan dalam botol tenggelam dalam minyak tumisa. Ini boleh memanjangkan hayat sambal anda. Selain untuk terung, sambal ini sedap juga dimakan bersama bendi yang dicelur....Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji terung ungu
5 - 6 biji cili merah
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris
1 camca besar udang kering, cuci dan rendam 10 minit
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung dikerat dua, kemudian belah 4 setiap keratan. Rendam sekejap. Toskan terung, lap dengan kitchen paper towel. Gaul dengan sedikit garam dan goreng hingga lembut tapi jangan sampai lembik. Toskan minyaknya dan letak dalam pinggan sesuai Ketepikan.
  2. Dalam alat pengisar (blender), masukkan bawang merah, bawang putih dan buah keras, tuang sedikit air dan kisar hingga lumat. Masukkan udang kering (toskan) dan kisar sekejap. Tambah cili merah. Kisar hingga cili hancur, tak perlu sampai halus.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar tadi hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang sambal atas terung, tabur sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan. Hidangkan segera..

5 comments:

Che Rosliza Che Mat said...

emm sedapnya..

nur safra atiqah ahmad putra rom said...

salam berminat cuba jamu susuk dara www.jsdn9.blogspot.com

nur faizuddin said...

salam takzim .. waa banyaknya makanan ... sedap.. apa kata try yang nie : rasanya kita satu kampung
http://botak-gambus.blogspot.com/2013/11/meleleh-air-liur-tengok-nasi-beriani.html

Nadya Bubble said...

Tergoda...

Kereta Sewa Ranau - Seluruh Sabah said...

Assalam,
boleh ke copy resepi ni ? thank you :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.