BEN ASHAARI

Saturday, November 2, 2013

KEK KUKUS MARBLE

rsz_kek_marble_kukus1

Salam semua, lama gak che mat tak buat kek. Selak2 dalam buku resipi che mat yang macam tulisan siam tu (aku cakar2 aje dalam buku tu, kalau orang lain tengok..sah2 tak jadi leer kek korang), terjumpa resipi kek kukus marble resipi Puan Norzailina Nordin dan che mat salin dari blog Kak Yatie Memories. Buat dia tidak lah susah mana dan rasa dia not bad, tapi pada che mat kek ni manis, itu pun che mat dah kurangkan gula. Kek ini agak lembap dan lembut. Pada che mat kek ni kalau tengok seakan2 apam pulak, errr..ni cuma pandangan aje yea, jangan salah sangka pulak. Seperti Kak Yatie, che mat buat guna loyang 4 segi bersaiz 7 inci x 7 inci x 3 inci. Kek ni tidak lah naik tinggi sangat. Dan satu lagi anda boleh letak perisa ada warna2 yang anda suka, tak kesah lah nak letak perisa stoberi untuk merah ke atau yang hijau kasi perisa pandan ke, ikut selera masing2. Kukus guna api sederhana besar. Kalau ikut resipi di blog Kak Yatie, beliau kukus selama sejam, tapi che mat kukus lama sikit dalam 1 jam 20 minit macam tu. Ok meh kita semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan mentega (kurang lebih 240 gram)
3/4 cawan gula kastor (che mat guna 1/2 cawan kurang lebih 100 gram)
3 biji telur gred A
1/4 cawan susu pekat manis (kurang lebih 75 gram)
1/2 cawan seri kaya (kurang lebih 90 gram)
1 1/2 cawan tepung gandum (kurang lebih 230 gram)*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu segar
Pewarna makanan pilihan anda (che mat guna kaler merah jambu dan hijau)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, lanser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga gula putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Masukkan susu pekat manis dan seri kaya, putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis. Putar rata.
  3. Masukkan susu segar dan esen vanilla, putar sekejap dan off kan mixer. Bagi adunan kepada 3 bahagian sama banyak, satu diberi pewarna merah jambu, kacau rata. Satu diberi pewarna hijau , kacau rata dan satu lagi biar pada warna asal.
  4. Sudukan berselang seli setiap adunan dibahagian tengah loyang. Buat hingga siap. Biar adunan merata sendiri dalam loyang (anda boleh senget2kan loyang tadi), lorek dengan chopstick 2 - 3 kali. Tutup permukaan tin dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam 20 minit (resipi asal, kukus 1 jam sahaja, tapi che mat kukus 1 jm 20 minit baru kek tu elok masak)....Selamat mencuba!!


7 comments:

Gieyana said...

perghhh...menarik..:-)

husna zahidi said...

teringin nak buat!! =D

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

dah lama Kak Sari tak buat kek guna resepi dari Kak Yatie..

kakchik@ella said...

Hurmmmm .. entah bila le dpt rasa kek cik mat nih

kakchik@ella said...

Hurmmmm .. entah bila le dpt rasa kek cik mat nih

Inspire Boutique ..SZI said...

Saya dah cuba Che Mat ni hari yg sama Che Mat post resepi ni.. Manis dan moist gitu.. Thanks for the recipe..

Ummi Abida said...

nampak sedap. nak tanya, kalau x ayak tepung x pe ke/ ke ada pengaruh pada tekstur kek?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.