BEN ASHAARI

Wednesday, October 2, 2013

NASI GORENG CINA @ 中國炒飯

rsz_nasi_goreng_cina
Salam semua, hari ni che mat tak masak...errrr tak masak lagi..hehe, tapi che mat masak, erkk, macam mana tu?.. Sebenarnya pagi tadi kami ke Johor Bahru sekejap jadi masak pun ala kadar saja dan masa balik tu kami singgah sekejap di rumah bonda sedara che mat. Sampai rumah petang tadi macam blurr kejap, eh nak masak apa eks?..Malas pun yea juga..tapi tidak lah malas melampau, cuma malas seorang che mat aje. Ok, kita online cari ilham...Maka tersinggah lah ke blog Kak Jee @ Puan Fauziah Abdul Samad, skodeng2 dan ternampak nasi goreng cina....wahh macam bess jugak kan..Tapi rasa aneh pulak bikin nasi goreng di petang hari. Fikir2 balik apa ada hal, nasi lemak pun ada orang makan waktu petang malam dan tengah malam, ini kan pulak nasi goreng, sesuai setiap masa. Jadi che mat buat nasi goreng cina.. Kalau sebut nasi goreng cina mesti pertama kali kita perasan, ia tidak pedas dan harum dengan bau minyak bijan. Resipi ini sesuai untuk kanak2 dan mereka yang tak tahan pedas serta orang2 bujang (bujang di sini bukan saja mereka yang belum menikah, tapi termasuk duda/janda, bini balik kampung atau bini cuti bersalin kat rumah mak dia...hehe)....Sedia..ok jomm kita mulakan...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dileraikan
1/3 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1 keping dada ayam, hiris
10 ekor udang, dibersihkan
1 kiub pati ayam
1 camca teh lada serbuk lada sulah (che mat guna jenama Aji-Shio)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 biji telur, dipukul sedikit
Sedikit kicap cair jika perlu
1/2 camca teh minyak bijan
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 3 camca besar), tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan ayam dan udang. Masak hingga berubah warna. Tambah mix vege dan kiub pati ayam. Gaul rata.
  2. Masukkan sebuk lada sulah dan nasi. Kacau rata, guna api besar. Tolak nasi ke tepi kuali, kecilkan api dan masukkan telur. Biar sekejap hingga telur kental. Gaul dengan nasi rata2. Tambah minyak bijan dan kacau.
  3. Rasa dan jika kurang masin, anda tambah sedikit kicap cair secukupnya. Masak sekejap dan boleh matilan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan selagi hangat..


1 comment:

Anna Ruslina said...

Sedap resepi ni terima kasih banyak2!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.