BEN ASHAARI

Thursday, October 10, 2013

HARI HUJAN....JOMM MAKAN CEKODOK IKAN BILIS..

rsz_cekodok_ikan_bilis
Hujan lebat petang tadi kat kampung che mat, dan sambil sediakan hidangan berbuka puasa untuk bonda, secara tiba2 che mat termengidam cekodok ikan bilis, alahh biasalah kan, kalau dah nak tu elok buat, mana lah tau kang tah2 kempunan (dan sebenarnya che mat tak caya benda2 macam tu sangat). Ok, maka dengan begitu semangat sekali che mat bancuh tepung dan bahan2 yang sepatutnya untuk menjadi cekodok ikan bilis. Che mat guna 2 cawan tepung, errr macam terbanyak pulak, dan che mat goreng sekali aje, selebihnya simpan dalam peti sejuk, boleh goreng untuk sarapan esok. Makan panas2 sama teh O dan cicah sos cili pilihan masing2 atau sos cili JALEN...ehemm...kalau nak lebih adventure anda boleh campur sos cili dengan mayonnaise dan kacau rata2..hidangkan bersama cekodok ikan bilis sebagai sos pencicah.....Ok, ini styel che mat bikin cekodok, tak paksa suruh ikut dan kalau nak ikut dan oter mana yang perlu, terpulang pada anda. Satu lagi, ikan bilis anda boleh ganti dengan udang....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap. Toskan
1 biji bawang besar, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
15 tangkai kucai, kerat kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
3/4 camca teh baking powder
2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan air (atau secukupnya)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali garam, telur dan air. Gaul rata2. Masukkan telur dan air sedikit demi sedikit hingga habis, kacau rata. Tambah garam secukupnya dan kacau hingga sebati. Rehatkan sekejap.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Sudukan adunan cekodok tadi ke dalam minyak panas atau anda boleh guna tangan dan men'jemput' adunan. Berhati2 dengan minyak panas. Buat 10 - 15 biji cekodok sekali goreng, bergantung pada saiz kuali dan saiz cekodok anda. Goreng hingga kuning keemasan.
  3. Angkat, dan toskan. Letak atas tissue dapur bersih dan biar minyak terserap. Buat kaedah sama untuk baki bancuhan. Hidangkan cekodok bersama sos kegemaran anda. Sedap dimakan panas..


3 comments:

Fiza Lgk said...

Wah..malam2 gini pun teliur tengok cekodok bilis Che Mat ni...hmm tunggu esok pagilah. Teringin nak buat juga.

Inspire Boutique ..SZI said...

Sedapnya cucur ikan bilis Che Mat.. Bak sini sket.

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

Sedapnya , kalau kena dengan sos yang sedap, memang best gile

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.