CREAM PUFF WIF CUSTARD VANILLA FILLING..

rsz_cream_puff

Petang tadi che mat bikin cream puff, resipi che mat guna yang ada dalam blog DTS aje. Kalau tak silap dah 3-4 hari lepas rasanya ada che mat sebut2 nak buat, tapi tak buat2 juga, lepas tu demam pulak, lagi lah malas gila nak buat benda2 macam ni. Hari ini kerajinan itu ada, kalau petang semalam che mat masak kari sardine, petang ni pulak aku buat cream puff. Che mat perasan popular juga kan cream puff ni. Serata blog masakan, ada aje yang buat. Yang buat business pun ada, tahniah untuk mereka. Satu yang menarik perhatian che mat, penggunaan Instagram, ada yang business ikut situ...perghh...kelass waa cakap luu..teringat sorang follower che mat di IG, guna nama "Bedah Authentic Taste" kalau tak silap, dan serius label untuk penjenamaan produk perniagaan dia...klasik dan ada kelass...two thumbs up lahh!!....

rsz_cream_puff1
Ok...kita sambung cerita cream puff che mat ni. Nampak gebu dan seksi ke?..Boleh lah, setakat untuk makan sendiri. Che mat pernah nampak orang lain buat lagi lawa. Untuk resipi ini akan menghasilkan kurang lebih 10 biji cream puff saiz sederhana..cukup sangat untuk lepas2 gian. Che mat isi dengan custard vanilla yang begitu mudah dibuat. Selain custard, anda boleh juga gun non-dairy whipping cream dan letak buah2an sebagai hiasan. Kalau nak lagi berani, apa kata cuba guna inti savory, macam tuna atau isi ayam. Untuk hiasan che mat  cuma ayak dengan gula aising, kalau anda rajin, boleh drizzle dengan coklat cair, lagi nampak menarik...Ok, meh sini che mat tulis resipi dia....

BAHAN-BAHAN CREAM PUFF :-)
75 gram tepung gandum
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
1 biji telur + 1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla (che mat guna 'butter vanilla)
Sedikit gula aising, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN CUSTARD VANILLA :-)
2/3 cawan susu segar
1 camca besa penuh tepung kastard (che mat guna Bird's Custard)
1 camca besar penuh gula halus (kalau suka manis boleh tambah sikit lagi)
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh mentega
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK CREAM PUFF :- Dalam periuk, masukkan air, mentega dan garam. Masak dengan api kecil dan kacau hingga mentega cair dan larut. Masukkan tepung dan kacau hingga semua bersatu dan menjadi doh yang tidak melekat di periuk, kacau sehala sahaja. Matikan api dan biar suam.
  2. Masukkan doh ke dalam cake mixer, putar perlahan. Sementara itu masukkan esen vanilla ke dalam telur dan pukul sedikit dengan garfu. Tukar kelajuan pada sederhana laju dan masukkan telur. Putar hingga doh bertukar menjadi adunan yang lembut dan boleh di paip. Matikan mixer.
  3. Isi adunan ke dalam piping beg yang dipasang piping nozel corak bintang pecah 5 atau 6 bersaiz besar. Paipkan bentuk rosette pada saiz sederhana pada dulang pembakar (akan dapat kurang lebih 10 biji, bergantung pada cara anda buat). Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit atau hingga kuning keemasa. Bila masak, keluarkan dari oven dan sejukkan atas jaringan.
  4. UNTUK CUSTARD VANILLA :- Satukan gula halus, secubit garam dan tepung kastard dalam periuk. Gaul rata. Tuang susu segar dan kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api sederhana sambil terus mengacau hingga kastard menjadi kental. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan biar sejuk hingga boleh dipaip.
  5. UNTUK CREAM PUFF WIF CUSTARD VANILLA :- Ambil satu biji cream puff, gunting sedikit bahagian depannya untuk membentuk poket. Isi custard dalam piping beg (kacau dulu sebelum anda isi ke dalam beg piping). Paipkan ke dalam cream puff tadi, yang ni ikut suka anda nak banyak mana. Buat kaedah sama untuk baki cream puff dan kastard. Ayak sedikit gula aising sebelum dihidangkan....

Post a Comment

20 Comments

  1. Gebu ja Che Mat... Serik pnh buat sekali dulu x jd ..huhuuu

    ReplyDelete
  2. Terbaik lah che mat. Sy follow instagram che mat jugak tau. Sy minat masakan che mat gebu.

    suhazish 16

    ReplyDelete
  3. Salam....

    Slama ni jd silent reader jak...tp kali ni mau gak komen...thanks for the resepi & cara2 buat...memang details & senang faham....InshaAllah klu da masa dlm mgu ni nak try buat :)

    ReplyDelete
  4. Wahhhh... Mmg nmpk gebu sgt! Yummyliciousssss... Harus try ni.

    ReplyDelete
  5. Che mat nnt share jugak la resepi filling yg guna whipping cream tu.. Sya selalu buat macam melt lar...

    Anyway, feel free to visit my blog -
    http://themagicgarden.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Selamat pagi che mat =)
    Suka gila mkn cream puff ni. Nak mintak tolong sikit kat che mat.. Hehe.. Bole tak klw sukatan tepung ke gula ke yg pkai gram2 tu, che mat bgtau skali klw guna cawan tu brp sukatan dia. Contoh 2 cawan tepung ke.. Sebab saya failed la sukat guna gram.. Klw tak keberatan la.. Hehehee.. Timekaseh che mat..

    *panjang pulok komen* huhu..

    ReplyDelete
  7. Kak Sari selalu guna resepi CM ni utk buat cream puff, resepi ni sesuai juga utk buat puff bentuk swan, menjadik!!

    ReplyDelete
  8. Mat, meleleh tgk kastad tu kuar...ntah bila nak buat puff, asyik lupa jer kalau x belek resepi2...hehe

    ReplyDelete
  9. Cik mat nk tanya skit...kalu kita buat tk tetamu dtg...bleh ke sediakan puff tu sehari awal....bila nk mkn keesokan baru letak kastart tu...

    ReplyDelete
  10. che mat ceghita nmpak mcm senang je. kalau saya buat, tak jadi ke dak nanti ni. Nak cuba buat, bahan2 ada kat umah ni. Tq che mat :)

    ReplyDelete
  11. Assalam.baru di sini tp dh lama jd silent reader.suka tgk blog cm n satu ari nti nk cuba jgk resepi ni.tq cm.

    ReplyDelete
  12. dah lama usya resepi cream puff che mat ni..tp xder kesempatan lg nk membuatnya.insya Allah weekend ni kl ada ms nk wat..bc kat blog org lain kl wat pakai resepi che mat konpem jadi..hihi..must try ni..tq che mat.

    ReplyDelete
  13. Tq Che Mat...resepi che mat ni mmg menjadik.dah buat bisnes pun saya..mmg naik gebu dan lrmbut..Alhamdulillah..Moga Allah memberkati..merahmati & murahkan rezeki Che
    Mat selamanya..aminnn

    ReplyDelete
  14. Tanteknya cream puff che mat.. nak cuba la.. ada tips x?

    Sebab pestime nak cuba nih..

    jemput lawat blog saya ye che mat

    www.bidadarigojes.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Saya dah cuba dan memang terbaik, sy share resepi mat gebu tanpa pindaan ye:)))

    www.qirmumtaz.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. Sy dah buat , tp btol ke tepung tu 75g JE MAT GEBU ? cair je atas periuk, masuk telur lagi lah cair nye, pastu sy masuk kan tepung lagi, dah macam buat cekodok dah rupa tekstur dia, ni dalam oven , ntah 1/2 hour nt ntah mcm macammana lah jadi nye.

    ReplyDelete
  17. Tq. Dah lama cari resipi yang mudah. Blog che mat ni membuatkan kita rasa buat kuih yang macam susah tu menjadi senang.

    ReplyDelete
  18. Salam. Nak tanya custard tu kalau simpan dalam peti boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, boleh tapi tak lama sangat, dalam 3 hari ok kot

      Delete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.