BEN ASHAARI

Thursday, September 19, 2013

NASI GORENG KAMPUNG YANG MENGGODA...

rsz_nasi_goreng_kampung (1)
Salam semua, ini menu pagi tadi, buat untuk sarapan. Blurr sebenarnya, plan asal nak sarapan biskut cicah teh O sahaja, namun segalanya berubah bila cm nampak di timeline FB, nasi goreng kampung yang dimasak oleh kawan FB che mat. Aduhh, tergoda sungguh. Teringat dalam peti sejuk ada kangkung yang hampir layu tapi masih hijau lagi. Dan dari gambar yang cm nampak memang ada kangkung dalam nasi goreng kampung, Ini sudah bagus, jadi kita ON pojek nasi goreng kampung. Bukan lah susah mana dan ikutlah apa yang anda nak letak dalam tu. Che mat campur daging ayam sebab tu saja yang ada. Dan untuk rencahnya che mat tumbuk ikan bilis, bawang merah, cili padi dan secubit belacan. Nasi goreng kampung selalunya pedas sedikit. Kalau ikutkan di Malaysia dan negara2 jiran, nasi goreng bukan terhad untuk sarapan pagi sahaja, tapi sesuai untuk setiap waktu samada tengah hari, petang atau pun malam. Che mat gandingkan dengan telur mata kerbau dan jeruk petai....ehemmm.

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dileraikan
1/2 cekak kangkung, siang dan cuci bersih, toskan
5 tangkai kacang panjang, potong kecil
1 keping dada ayam. hiris kecil, cuci dan toskan
1 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar, hiris

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi merah Thai
1 camca besar ikan bilis, cuci dan rendam sekejap
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan isi ayam dan kacau rata. Masak hingga isi ayam berubah warna. Masukkan kacang panjang dan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Tolak ke tepi kuali. Tuang telur, masak sekejap dan kacau hingga menjadi telur hancur. Gaul rata.
  2. Tambah garam secukup rasa dan masukkan nasi, Gaul rata dan masukkan kangkung. Gaul lagi dan masak hingga kangkung layu seidikit. Rasa dan jika ok boleh sajikan bersama telu mata kerau atau ulam petai.


8 comments:

nea lopah said...

Kalau masak utk mkn malam pun bole jugak ni kan???
Alamak CM, camane bole jadi Telu mata kerau tuuu...hehehe

Kakzakie said...

Hui!! 10 biji cili padi thai - meletopz betul ni:) siap ada petai lagi tu..

Ummi said...

Maaattt, nak nasi goreng kampung 5 pinggan. Xyah akak masak petang nih...dgn telor mata buaya sekalik eh...hahahaha

*Mat, akak guling2 baca entry azian, tgk si Muaz potong kek, baca komen ko pulak tu...adeeei.. Akak komen jgk, ko baca laa...hahaa, pitaamm. *Ampuunn kalau Azian baca ni..

saniah ahmad said...

salam ...
che mat sory ye lari topik sikit,, i newbi dlm blogging nie,, nk tanya kalau nak wat treadmark che mat gebu guna applikasi ape ye,,, saya dah try photascape tapi tak leh wat...boleh ajar ke,,pemberian sedikit ilmu amat besar pahalanya, terima kasih ye... semoga blog ni terus maju dan tiada yang dicetak rompak,,, hidup che mat gebu, salam,,,

$ue @nim said...

alahai incik mat.... yang bikin nasi goreng kampong incik mat lagiii menggoda, ade petai yg dok bertenggek kat tepi pinggan tu... perh!!! betul2 mengiurkan la... sedaaaaap...

telu mata kerau tu nama baru incik mat ye... hehehe..

balqyys jasni said...

Sedapnyeeee..saya dan ibu sentiasa rujuj blog ni bila nak masak resepi2 laen dar laen skit :) thanks..moga allah berkati usaha mat kongsikan resepi ikhlas ini secara percuma:)

balqyys jasni said...

Sedapnyeeee..saya dan ibu sentiasa rujuj blog ni bila nak masak resepi2 laen dar laen skit :) thanks..moga allah berkati usaha mat kongsikan resepi ikhlas ini secara percuma:)

wan suriana wan mamat said...

Mohon share resepi e :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.