JALEN BUKAN SEKADAR PRODUK MAKANAN BIASA....

Salam semua...dah bersarapan?...Ada yang makan mi goreng pagi ini atau telur separuh masak?..Dan semestinya kicap menjadi peneman setia anda, terutama anak2. Anda pernah cuba kicap Jalen?..Mesti pernah betul tak?...Dan che mat sendiri adalah pengguna setia kicap Jalen sejak dulu lagi. Dan yang memperkenalkan kicap Jalen dalam keluarga kami dah tentu abang sulong che mat yang masa tu bekerja di MARDI dan beliau serta kaki tangan MARDI pernah melakukan lawatan ke kilang JALEN....Bila che mat rasa sekali terus jatuh cinta, dan ia kekal hingga ke hari ini...JALEN punya sejarah sendiri dalam pembuatan kicap (anda boleh baca di sini...) dan sejajar dengan perkembangan semasa pihak JALEN telah menambah produk mereka selain kicap ada juga tauco dan kordial minuman dalam pelbagai perisa. Dan dalam masa akan datang akan ada lagi produk2 terbaru dari mereka...

Buat masa kini terdapat 17 produk dari JALEN yang terdiri daripada :-

  1. Kicap Manis
  2. Kicap Masin
  3. Kicap Lemak
  4. Kicap Pekat
  5. Kicap Lemak Manis
  6. Sos Cili
  7. Sos Tomato
  8. Sos Tiram
  9. Cuka (feberet che mat nihh)
  10. Tauco
  11. Kordial Sirap
  12. Kordial oren
  13. Kordial Sarsi
  14. Kordial Barli
  15. Kordial Laici
  16. Kordial Anggur
  17. Kordial Mangga
JALEN bukan saja mementingkan kualiti, tapi juga dari segi rasa dan penghasilan. Malah mereka turutkan memastikan bahan2 yang diguna halal. Produk JALEN mudah didapati di semua pasaraya2 besar dan juga kedai2 runcit berhampiran anda. Mungkin juga ada sesetengah tempat produk JALEN masih belum sampai, insha Allah jika ada permintaan dari anda, akan ada lah produk JALEN di sana nanti...

Bagi anda yang ingin ketahui lebih lanjut pasal JALEN boleh singgah di laman web JALEN di sini..
Untuk mengetahui perkembangan JALEN, samada promosi, tawaran hebat atau anda  hendak komen apa2 pasal JALEN boleh LIKE  facebook JALEN di sini..

Yang ni menarik, anda ingin tau kepelabagaian produk JALEN yang boleh anda guna dalam masakan?, Anda boleh singgah di sini...dan che mat sebagai pengisi ruang resipi untuk blog JALEN (terima kasih JALEN)...jangan lupa follow juga...Sokonglah produk tempatan kita dan gunakan dengan yakin dan tanpa ragu2....Akhir kata memasak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang, insha Allah orang akan ingat pada kita sampai bila2....

Post a Comment

12 Comments

  1. Xde kicap jalin, tak lalu makan bapa kamu..heheh,teringat pula iklan di hotfm...

    ReplyDelete
  2. Jalen...menjalenkan kemesraan...
    X penah nampak lak produk jalen kat sini......nak try la cari.

    ReplyDelete
  3. kak lea memang suka kicap jalen.kenal pun masa pergi rumah mak,tengok atok dok masak pakai produk jalen.wah semakin banyak ye produk jalen ni :)

    ReplyDelete
  4. KJee memang guna Jalen. Sokong product Bumiputera!!!

    ReplyDelete
  5. kicap pilihan family saya ialah kicap kipas udang tp sejak harganya naik mencanak ni kami bertukar pada kicap manis Jalen.so far semua takde komplen ;)

    ReplyDelete
  6. Takde kicap jalen kite batalkan perkhemahan ni...

    ReplyDelete
  7. kicap jalen mmng sedap...sinngah sini

    ReplyDelete
  8. saya pun pengguna produk jalen.. so far mmg puas hati dan menepati citarasa.

    ReplyDelete
  9. Rasanya org Johor mmg kenal jenama Jalen.

    ReplyDelete
  10. Kita orang Family..dr kecik besar dgn Brand Jalen

    ReplyDelete
  11. Saya pengguna SETIA kicap Jalen! yg selalu sy guna kicap manis n lemak manis... mmg SEDAP! dulu mkn cap kipas udang tp sbb dh mahal beralih ke Jalen plak.. tak sia2... :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.