BEN ASHAARI

Monday, September 9, 2013

ASAM PEDAS AYAM ALA NYONYA....

rsz_asam_pedas_ayam_ala_nyonya
Assalammualaikum, salam semua.. Makin parah aje rasa sekarang ni, nak kemas kini blog macam tak bersemangat, macam dah mula ada bayang2 nak berehat panjang tanpa blog, dapur dan periuk belanga...huhu. Adakah mustahil?..hmm, biar keadaan menentukannya. Entri kali ini cm masak satu menu fusion yang boleh dikatakan menjadi kegemaran orang2 kita, tak kesah lah sama ada di Malaysia atau pun Singapura. Asam pedas ayam sinonim dengan orang Johor macam di Melaka kan terkenal dengan asam pedas daging. Tapi resipi asam pedas ayam ni cm olah sikit dengan herba2 yang sering digunapakai oleh kaum peranakan peranakan cina atau orang baba nyonya. Bukan lah satu resipi yang istimewa namun ada kelainannya. Bahan2 pun boleh dianggap biasa digunakan. Dan kalau di kampung2 atau bandar yang mana rumah punya kawasan bertanah, herba2 seperti serai, limau purut dan bunga kantan boleh kita tanam sendiri (kalau bunga kantan kena tanah luas sikit). Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ayam, potong ikut suka
1 biji terung bulat
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
2 senduk nasi penuh cili kisar
1 camca besar pes asam jawa
1 kiub pati ayam (optional)
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci, kemudian gaul dengan sedikit tepung (anggaran 1 camca besar) dan perap 10 minit, kemudian cuci kembali hingga bersih dan toskan. Terung dikupas sedikit kulitnya, belah 6 dan rendam dalam air yang dicampur sedikit garam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai dan bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa dan kacau sebati. Masukkan ayam dan gaul rata, masak hingga ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam). Kacau dan biar mendidih. Tambah daun limau purut, lada hitam kisar dan terung (toskan) dan kiub pati ayam (kalau guna), kacau rata dan biar hingga ayam empuk.
  4. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain...

3 comments:

Gee® said...

I like asam pedas...

azian said...

stresss laa masak asam pedas nihhh...selalu tak jadikkkk....
baik masak kicapp jekkk....errr...err....

ahahahaha...

eh, u double stended dgn ai ek???
nak kene babapppp nihhh....

Mazatul Azura Muhamad said...

Suke ikan jer masak asam pedas :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.