KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE...MUDAH DAN SEDAP!..

rsz_kek_sedap
Assalammualaikum, sibuk sikit sejak2 raya ni, tak dapat nak update blog kerap sangat. Nak ambik gambar pun rasa tak selesa, terkejar2 dan tak boleh nak kasi konsentrasi. Hari ni cm rajinkan juga diri untuk update blog. Sebab hari ni cm terima tetamu, jadi boleh lah baking kek2 yang mudah untuk disajikan sebagai pemanis mulut. Salah satu pilihan cm dah tentu kek coklat lapis cheese yang senang dibuat, sedap dan menjadi kegemaran kanak2 dan yang tak berapa kanak2. Kerap juga cm buat dan pertama kali yang bawak kek ni datang ke rumah cm ialah Kak Yati Memories. Ramai yang puji sedap dan bila cm rasa, memang sedap. Cuma kek ni kalau anda makan banyak sangat, rasa muak, tapi adatlah, mana ada orang hadap kek sebiji dan makan sampai habis. Apa2 pun kalau anda bercadang nak buat rumah terbuka dan masak sendiri, cm sarankan anda cuba kek ini....Resipi walaupun ada dah dalam blog, tapi cm kasi tulis juga untuk memudahkan anda...

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)
2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)
250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan..
  2. UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.
  3. UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.
  4. UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).
  5. Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.....

Post a Comment

51 Comments

  1. salam CMG. saya dh bbrapa kali buat kek ni, mmmg sedap. 2 hari lepas, buatkan utk jamuan ank kt asrama, sy salut kek tu ngan fresh cream...respons kwn ank...sdap mcm secret recipe....tq 4 sharing.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Slmt Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat Che Mat sekeluarga. Mekasih sudi buat lagi dan lagi kek yg mudah ni. Akak pun kerap sngt buat kek ni..selain mudah, ianya sedap...Lagipun tak tau nak buat kek2 yg canggih2...he3....

    ReplyDelete
  3. oh my english... cake coklat feveret... knapa aku tak berjiran dgn CM ehh... huhuhu...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Mat....

    Sampai hati x ajak akak makan eeyyy...kemain berkenduri dia...huhuu

    ReplyDelete
  5. Memang terbaek..resepi mudah..tapi sodap..ini yang kami kagum dan suko masuk ke sini!

    ReplyDelete
  6. lapisan cheese tu yg tak dapat tahan tengok. kena buat secepat mungkin ni

    ReplyDelete
  7. cik mat klu bakar boleh ke coz rumah xde pengukus

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing. . Nk buat jgk lah.. next week hub's birthday. .

    ReplyDelete
  9. CMG guna krim cheese brand ape ek

    ReplyDelete
  10. Klu sya guna philadelphia cream chesse. Xtau ejaan btul ka tidak tu. Bega chesse pun ok juga.

    ReplyDelete
  11. 1 camca besar air tu, maksud nya 1 camca besar sudu teh ke?

    ReplyDelete
  12. 1 camca besar air tu, maksud nya 1 camca besar sudu teh ke?

    ReplyDelete
  13. dah terliur dah.... satu lagi resepi kek kukus akan kucuba. sangat suka kek kukus sebab xde oven, ada pengukus je. hihi.

    ReplyDelete
  14. da try buat resepi ni...mmg sedap sgt..kwn2 tanye..secret recepy ke...hi hi

    ummiyaliff.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. Thanks dear...I did it...so yummy....

    ReplyDelete
  16. Salam haii kak, memang bestlah baca blog akak rasa tertarik nak cuba,hehe..kalau free jom jalan-jalan di blog saya

    dorajimi.blogspot.com

    nice.. :)

    ReplyDelete
  17. Wah banyaknya resepi yang sedap... thanks 4 sharing

    ReplyDelete
  18. 250 gram krim cheese
    60 gram gula halus tu kalau sukatan cawan agak2 byk mana ea?

    ReplyDelete
  19. Resepi mcm ni laa senang. Kalo pakai gram tu mcm komplikated... Boleh cuba ni..
    www.villavitaminibu.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. Dah pernah makan tapi tak pernah buat...nati nak cuba lah...anak-anak pasti suka...

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Asalammualaikum kepada semua sahabat, sedara mara, dan semua rakyat Malaysia..
    Daripada berFB tak ada hasil, bagus berFB yang ada hasil,
    Saya ada nak perkenalkan satu program dari US, yang boleh membuat pendapatan sampingan.
    Free register, tiada apa2 bayaran di kenakan..
    Tiada tipu muslihat.
    Tak perlu cari orang.
    Tak perlu jual barang, dan Kerja sikit2 je.
    Syarat kelayakan: Anda ada facebook dan tau computer sikit2.
    Anda hanya perlu open link di bawah dan register sebagai member.
    Lepas register terus dapat upah USD25, bersamaan RM80.00 lah lebih kurang .
    Dah tu, anda akan dapat link anda sendiri..
    pastu apa lagi? Copy link anda, atau copy terus semua ayat saya ni,
    and paste kat facebook atau apa2 saja yg anda tahu,mcm email,tweeter dan sebagainya.
    Setiap orang yang open link anda, anda akan menerima ganjaran sebanyak USD10 atau RM30 lah lebih kurang.
    Mudah kan!!! Duit anda boleh pilih, samaada duit masuk account terus, atau cek (akan di pos terus ke rumah.)

    Ape2 pn cuba la dulu..

    Kalau dah faham dan nak register, sila click:http://www.theweeklypay.com/index.php?share=378224

    ReplyDelete
  23. Asalammualaikum kepada semua sahabat, sedara mara, dan semua rakyat Malaysia..
    Daripada berFB tak ada hasil, bagus berFB yang ada hasil,
    Saya ada nak perkenalkan satu program dari US, yang boleh membuat pendapatan sampingan.
    Free register, tiada apa2 bayaran di kenakan..
    Tiada tipu muslihat.
    Tak perlu cari orang.
    Tak perlu jual barang, dan Kerja sikit2 je.
    Syarat kelayakan: Anda ada facebook dan tau computer sikit2.
    Anda hanya perlu open link di bawah dan register sebagai member.
    Lepas register terus dapat upah USD25, bersamaan RM80.00 lah lebih kurang .
    Dah tu, anda akan dapat link anda sendiri..
    pastu apa lagi? Copy link anda, atau copy terus semua ayat saya ni,
    and paste kat facebook atau apa2 saja yg anda tahu,mcm email,tweeter dan sebagainya.
    Setiap orang yang open link anda, anda akan menerima ganjaran sebanyak USD10 atau RM30 lah lebih kurang.
    Mudah kan!!! Duit anda boleh pilih, samaada duit masuk account terus, atau cek (akan di pos terus ke rumah.)

    Ape2 pn cuba la dulu..

    Kalau dah faham dan nak register, sila click:http://www.theweeklypay.com/index.php?share=378224

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum cik mat,
    Dah bertahun2 saya mengunjungi blog cik mat ni tapi tak terfikir nak tinggalkan komen. Beberapa minggu lepas saya cuba resepi kek kukus ni. Memang jadi! Terima kasih byk2.

    ReplyDelete
  25. https://m.facebook.com/profile.php?id=640010216050050

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. terima kasih banyak mat gebu.saya suka sangat resepi2 mat.moga ALLAH murahkan rezki mat..AMIN..

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikumm.. MOHON SAVE INI RESEPI..!!

    tergoda lak dgn resepi sedapp gini kan... heheheee.. nice sharing..!

    suke2

    ReplyDelete
  29. Semalam 1 st time sy try buat kek coklat cheese kukus ni..memg sedap sgt..sekejap j habis.suami n keluarga sume suka..nnti kena buat lg..

    ReplyDelete
  30. Salam.. mohon izin copy resepi ye :)

    ReplyDelete
  31. Mohon share resepi..Terima kasih :-)

    ReplyDelete
  32. Bila search chocolate cheese resepi mmg CMG punya the 1st yg keluar... skrg tgh baking... kita tengok response org yg makan esok... nampak sedap masa tgh laying cheese tadi...

    ReplyDelete
  33. sedang mengukussss..hopefully jadi cantik mcm akk punya.. insyaallah..

    part jaga api bg sederhana tu payah sket..huhu

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillahhh... time kasih empunya resepi.. sgt2 sdap kek ni... dn yg plg png mnjadiii...

    ReplyDelete
  35. Hai CMG. Nak tanya, yang cawan besar tu berapa ml? Cawan saya 250ml. Betul ke? :)

    ReplyDelete
  36. @ adilah rostam - cawan tu yang 250 ml..

    ReplyDelete
  37. Hai... Sye nx tenyer..camca tu sudu mkn ker??

    ReplyDelete
  38. Allah teringinnya nak buat, kukus pulak tu, mudah sikit kerja

    ReplyDelete
  39. Alhamdulillah ..kek tengah kukus.. tak sabar nak tunggu dah siap... Terima kasih resipi nyaa

    ReplyDelete
  40. Alhamdulillah ..kek tengah kukus.. tak sabar nak tunggu dah siap... Terima kasih resipi nyaa

    ReplyDelete
  41. salam abg mat gebu...sy dah cuba resepi ni. mmg sedap & super moist.. cuma sy nak tnye..kek ni boleh ke kita bakar guna kaedah waterbath selain dr kukus? dan blh ke kita nk buat lapisan coklat sahaja dlu di bawah dan lapisan atas skali cheese? 2 layer sahaja.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.