BEN ASHAARI

Saturday, July 13, 2013

POPIA JEJARI KETAM BERKEJU...

rsz_popia_crab_stick

Assalammualaikum salam semua. Minta maaf sebab cm tak dapat nak update blog seperti biasa. Masa cm diwaktu siang amat2 ketat. Selagi belum siap apa yang cm buat, memang cm tak boleh nak berblog sangat. Dan masak pun hanya yang biasa2 dan ringan2. Lagi pun tekak macam tak boleh nak masuk benda2 yang berat sangat, kalau air tak perlu cerita lah, memang 'ON' aje. Hari ni cm berbuka popia, popia crabstick berkeju. Masa cm sambung tidur sekejap lepas sahur semalam, cm siap mimpi buat popia crab stick. Tu yang lepas sesi pertama untuk projek 50, cm terus buat inti untuk popia, bersemangat sangat. Dan barang2 basah semua ada, walaupun kobis yang cm guna tu dah berapa hari punya, tapi masih elok dan rangup. Bahan2 lain selain crab stick, cm guna lobak merah, sengkuang dan keju cheddar....
rsz_popia_crab_stick2

Untuk resipi ini anda akan dapat kurang lebih 20 - 22 biji popiah, kalau banyak usah risau, anda boleh bekukan dalam freezer, nak2 kalau cuma anda sorang atau berdua yang makan. Satu lagi jangan goreng popia dengan api yang besar, nanti cepat hangus. Guna api sederhana dan balik2kan selalu agar kuningnya serata. Cm makan popia ini dengan sos cili buatan sendiri dan daun salad (cm guna salad jenis butterhead yang lebih rangup, lemak dan sedap). Untuk hidangan berbuka, cm sarankan anda goreng waktu2 hampir nak berbuka, mungkin 20 - 25 minit lagi nak berbuka puasa, anda boleh goreng. 
rsz_popia_crab_stick1

Cun tak sos cili untuk makan sama popiah?...Nampak seksi kan dengan kaler merah yang garang tu. Buat dia pun senang, dan satu lagi cm memang 'setia' dengan cuka keluaran JALEN untuk sebarang masakan yang menggunakan cuka, termasuk resipi sos ini. Kenapa? Sebabnya rasa cuka Jalen sedap dan tidaklah menyengat atau pedo sangat. Letak terlebih pun tetap masih rasa ok. Tapi bukan lah cuka makan lain tak boleh guna, cuma cm kasi tau apa yang cm guna tu saja. Sos ini kalau berlebih, simpan dalam peti sejuk. Bijan tu, anda kasi sangai dulu sampai wangi, baru tabur. Ehemm, tergoda tak nak mencuba?...kalau tergoda, meh sini cm tulis resipinya...

BAHAN-BAHAN INTI :-)
3/4 - 1 cawan parutan kasar sengkuang, hiris halus
1 batang lobak merah saiz sederhana, kupas dan hiris halus
1 cawan kobis bulat yang dihiris halus
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
7 batang jejari ketam @ crabstick, hiris halus
Garam secukup rasa
1/4 camca teh minyak bijan

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
20 - 22 keping kulit popia
Keju cheddar yang dihiris kecil memanjang secukupnya
1 biji telur, pukul sedikit, sebagai bahan pelekat
Beberapa helai daun salad Butterhead
Sos cili untuk mencicah*(*resipi dibawah)

BAHAN-BAHAN SOS CILI :-)
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 cawan air
3 camca besar penuh cuka (cm guna cuka makan JALEN)
1/3 cawan gula (atau secukup rasa)
Sedikit garam
1 camca teh tepung jagung + 1/4 cawan air = kacau rata
Sedikit bijan, disangi hingga harum

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI POPIA :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum dan layu. Masukkan crabstick, sengkuang (diperah sedikit airnya) dan lobak merah, kacau rata. Masukkan kobis dan minyak bijan. Kacau dan masak hingga layu, tambah sedikit garam, kacau rata dan matikan api. Biar inti sejuk..
  2. UNTUK POPIA JEJARI KETAM BERKEJU :- Ambil sekeping kulit popia, sudukan 2 camca teh penuh inti, letak hirisan keju cheddar, gulung popiah hingga menutup inti, kemudian lipat bahagian kanan dan kiirinya ke dalam dan sapu bancuhan telur pada hujung kulit popiah yang terbuka. Kemudian gulung hingga sampai hujung dan kemaskan. Buat kaedah sama untuk baki kulit popiah, inti dan keju.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Goreng popiah 5 - 6 biji sekali (bergantung pada saiz kuali anda). Balik2kan popia agar masak sekata. Bila kuning keemasan, angkat dan toskan. Letak atak kitchen paper towel agar lebihan minyak terserap. Hidangkan bersama sos cili dan daun salad...
  4. UNTUK SOS CILI :- Kisar cili, bawang putih dengan 1 cawan air hingga halus. Tuang ke dalam periuk, masukkan gula dan sedikit garam. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan masak sekejap lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dan cuka makan. Kacau rata dan masak hingga pekat. Matikan api dan tabur bijan sebelum dihidangkan bersama popia...

15 comments:

Kjee said...

Boleh try ni CM. Bahan2 semua ada kat umah. Thnx for idea.

Mat Gebu said...

@ Kjee - sos tu akak oter lah yea, jangan manis sangat..

adda syuhada said...

aduhhh sedap nampak popia ni...nak cuba la esok...CM nk ambk resepi ni yer..

Hartina Arssid said...

thanks for sharing...

ana said...

Salam cm. Best ni. Nk try la. Lgpun ada 3bj sekuang yg mmg nk wat inti popia sayur. Leh tukar jd inti crab stick n chesse. Semua bhan ada cuma nxt action wat inti je. Tq share. Sya pun suka butterhead salad sbb lbh tebal dn tahan lama...tq cm

fyza hussin said...

Hmmm dr aritu sebut2 teringin popia. Kebetulan u share resepi so kena buat jugak2 esok. TQ

shida azuan said...

Cantiknye gulungan cm tu...

shida azuan said...

Cantiknye gulungan cm tu...

Faez Fathie said...

pergh..terliuq pulak la baca entri ni petang2 di bulan ramadhan.hehe

Cikgu Kalsom said...

Salam Ramadan...recepi CM sume sedap..mohon share di blog saya ye ..semoga dimurahkan rezeki. tq

Zana said...

Salam.. kalau tak keje ari ni boleh buat...

Aku Penghibur said...

Cm buat mmg teliti :) kemas gulungan

fabulousnana said...

Buat utk potluck pun bagus nih... :)

Roslia Mohd yusof said...

Teringin nk cuba buat...

aina ashikin said...

tergoda...nk buat la tuk berbuka puasa ptg nie...tq cik mat...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.