BEN ASHAARI

Friday, July 5, 2013

LEMAK CILI PADI SARDINE DENGAN BELIMBING

rsz_lemak_cili_padi_sardin
Salam Jumaat yang mulia. Entri hari ini mat share satu masakan ringkas dan boleh dikategorikan masakan hujung bulan, time belum dapat gaji....errrr...che mat ada ke 'gaji'...kan che mat tak kerja..Ha ah kan...tu lah, heran juga, mana cm ada keje, dan mana nak dapat gaji yea tak?...Jadi nko ingat aku mengemis ke nak dapat duit?...elok2 sikit fikir tu, jangan mudah pandang rendah pada orang2 yang nampak macam 'tak bekerja'. Ok, berbalik pasal entri kali ini, cm cuma sardine sahaja, tapi dimasak lemak cili padi campur belimbing buluh yang bergitu 'seksi' bila dimakan dengan rasa masam2 yang ohsemm sangat. Masak dia pun biasa2 saja. Cm guna santan dalam kuantiti yang ala kadar kurang lebih 200 ml santan pekat. Tahap kepedasan tu terpulang, nak pedas, lebihkan cili padi, tak nak pedas kasi kurang. Resipi ala2 budak sekolah punya jee...seperti di bawah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardin jenama pilihan anda (cm guna jenama TESCO)
12 biji belimbing buluh
3 batang serai, dititik
200 ml pati santan
700 ml santan cair
1 helai daun kunyit, disiat
1 kiub ikan bilis (optional)
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
15-20 biji cili padi kampung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan ikan sardine dari sosnya (cm amik 4 camca besar sos dari ikan sardine tadi). Belimbing buluh dicuci, buang sedikit hujung dan pangkalnya, kemudian belah dua tapi tak putus untuk setiap biji belimbing. Ketepikan.
  2. Masukan bahan kisar ke dalam periuk bersama serai titik, kiub ikan bilis (jika guna), asam gelugor dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Perlahankan api, masukkan ikan sardine dan 4 camca besar sos dari ikan sardine tadi. Kacau rata dan masak sekejap.
  3. Tuang santan pekat dan masukkan belimbing. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil. Masukkan daun kunyit perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matika api. Boleh hidangkan bersama nasi panas...


11 comments:

Yatie Fizzy said...

cm memang kreatif kan...kalo yf laa humm sardin tu jawapnya buat sambal jew laaaaa..tak sangka lak yg sardin tu boleh wat masak lemak kan hihi..maklumlah tu jadinya kalo rajin sangat masuk dapur kan haha...=)

Rozuan Ismail said...

huhu.belimbing lagi. PCM memang suka belimbing ye

Kakzakie said...

Memang sedaplah kalau belimbing kena pada kuah lemak pedas apa lagi dgn sardin hmmmm:)

adda syuhada said...

sedapnya....

Cida de' Nuanza said...

x penah terpikir lak sadin nk buat masak lemak...leh masuk list ni..hihi

kite pun layan masak lemak gak semalam...tp ngan udang...

Rozita said...

waaa....mana nak cari belimbing ni???

Umie Jazz said...

Assalamualaikum Cm saya selalu buat mmg sedap sardin masak lemak cili padi..selain dari belimbing buluh kengakadang kalau musim buah bacang muda...saya letak buah bacang muda.Buah bacang tu potong baji .Rebus setengah masak dlu pastu baru add dalam gulai sodap.Ada rasa masam-masam lebihkurang cam belimbing buluh gak laa...

SyamilaMohd said...

sedap pula tengok masal cili padi sardn ni...tak pernah makan...boleh cuba ni... ;-)

Cik Zaitul said...

Wow , nak test la... ingat ikan sardin yg fresh , rupeye sardin tin... gud ideaaa

Ros Mat Saad said...

emmm...sedap...;)
http://fantastiquegallery.blogspot.com

Maz Aziz said...

sahur pagi tadi mkn sardin, saya letak cili boh, cili padi, sos cili dan bawang besar/putih ja.. huhuu..

sibuk n letih bulan puasa nie sejak kawen dan ada anak2 kecik.. dua kali masak.. time berbuka dan sahur..

walau letih saya suka berbuka ngan makanan yg dimasak sendiri.. jawapannya kepuasan... :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.