rsz_lemak_cili_padi_sardin
Salam Jumaat yang mulia. Entri hari ini mat share satu masakan ringkas dan boleh dikategorikan masakan hujung bulan, time belum dapat gaji....errrr...che mat ada ke 'gaji'...kan che mat tak kerja..Ha ah kan...tu lah, heran juga, mana cm ada keje, dan mana nak dapat gaji yea tak?...Jadi nko ingat aku mengemis ke nak dapat duit?...elok2 sikit fikir tu, jangan mudah pandang rendah pada orang2 yang nampak macam 'tak bekerja'. Ok, berbalik pasal entri kali ini, cm cuma sardine sahaja, tapi dimasak lemak cili padi campur belimbing buluh yang bergitu 'seksi' bila dimakan dengan rasa masam2 yang ohsemm sangat. Masak dia pun biasa2 saja. Cm guna santan dalam kuantiti yang ala kadar kurang lebih 200 ml santan pekat. Tahap kepedasan tu terpulang, nak pedas, lebihkan cili padi, tak nak pedas kasi kurang. Resipi ala2 budak sekolah punya jee...seperti di bawah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin besar sardin jenama pilihan anda (cm guna jenama TESCO)
12 biji belimbing buluh
3 batang serai, dititik
200 ml pati santan
700 ml santan cair
1 helai daun kunyit, disiat
1 kiub ikan bilis (optional)
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
15-20 biji cili padi kampung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan ikan sardine dari sosnya (cm amik 4 camca besar sos dari ikan sardine tadi). Belimbing buluh dicuci, buang sedikit hujung dan pangkalnya, kemudian belah dua tapi tak putus untuk setiap biji belimbing. Ketepikan.
  2. Masukan bahan kisar ke dalam periuk bersama serai titik, kiub ikan bilis (jika guna), asam gelugor dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Perlahankan api, masukkan ikan sardine dan 4 camca besar sos dari ikan sardine tadi. Kacau rata dan masak sekejap.
  3. Tuang santan pekat dan masukkan belimbing. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil. Masukkan daun kunyit perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matika api. Boleh hidangkan bersama nasi panas...