BEN ASHAARI

Tuesday, July 9, 2013

KETAM MENTEGA NESTUM..

rsz_ketam_nestum
Assalammualaikum, cm curi2 masa untuk update blog, dan ini juga salah satu idea untuk resipi berbuka yang serba ringkas, cepat dan mudah dibuat. Sebenarnya resipi asal guna udang, tapi cm ganti dengan ketam. Kalau dapat ketam kecil2 lagi bes, yang ni cm guna ketam saiz sederhana dalam 5 ekor. Cm guna nestum dalam 1/2 cawan, kalau nak guna lebih pun ok. Lepas tu ada pulak sekeping nori, cm campur kan sekali, nori tu mana yang tatau, ialah kepingan warna hijau tua untuk balut sushi. Yang tu tak perlu letak kalau takde dan kalau tak suka, cm saja2 kasi campur sebab malas nak simpan baki yang tak sampai sekeping. Kalau anda nak buat untuk berbuka puasa, cm sarankan buat diakhir2 masa nak berbuka, sebab ketam mentega nestum ini sedap dimakan sejurus dimasa, kalau biar lama nanti nestum tu lemau. Anda boleh goreng ketam atau udang awal dan sediakan semua bahan2nya, bila waktu berbuka hampir, terus masak...dan waktu masak pun bukan ambil masa yang lama, kurang lebih 5 minit aje...

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ketam saiz sederhana, dibersihkan, kerat 2 setiap 1
1 tangkai daun kari
6 biji cili padi, hiris halus
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 cawan nestum
1/2 keping 'nori sheet', potong kecil (optional)
Sedikit garam dan gula
2 camca besar penuh mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dilap kering, gaul dengan sedikit garam dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak dari kuali. Masukkan mentega dan biar cair. Tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga harum, masukkan sedikit gula dan garam, kacau rata.
  2. Tambah ketam goreng, nestum dan kepingan nori yang dipotong kecil, gaul rata, guna api kecil dan biar nestum bersalut pada keseluruan ketam tadi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera...


10 comments:

[n a j e e b] said...

eiiiiii....dapnyaaaa!!!

Mat Gebu said...

@najeeb - meh sini pakcik mat suap kan...haha...

FaKArePa!n said...

gulp...
telan air liur den tengok..
huhu

Kelebihan Setiap Hari di Bulan Ramadhan

Al-Azrul Zakuan said...

ok..nak plan bukak posa kat umah PCM nanti.boleh x?heee

Herni Hakimi said...

boleh msuk list untuk iftar ni..time ksih che mat.. :)

Ummi said...

Amboiii Mat, sedapnyaaaaa....tp x rajin tul nak siang ketam...hehe

selaseh said...

terliur tengok.. dugaann

gadisBunga™ said...

che mat taknak suapkan GB ke? hehehe

surijunior said...

kena try nih :D

norzatul shima said...

wahhh!!.. menariknyee...slalu msak lemak cili api jekk... nanti nk try gak la... tq share resepi... ;)

jom sggah n followww

http://cikanozzshoppe.blogspot.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.