BEN ASHAARI

Thursday, July 11, 2013

AYAM HALIA YANG HANGAT..

rsz_ayam_halia_hangat
Assalammualaikum, salam Ramadan, sekejap saja dah masuk hari ke-3, tau2 nanti dah nak Raya. Buat masa terdekat ni cm agak sibuk, dan tak boleh bikin apa2 yang bess sangat, sekadar masak ala kadar. Lagi pun kat rumah cm tak ramai. Hari ni cm masak asam pedas ikan parang sama nenas (bak punya), sawi putih tumis ikan bilis dan ayam halia, yang ni cm punya. Ayam masak halia yang hangat dan berangin, dan cm tambah juga sos lada hitam dan sos tiram. Masaknya pun senang dan tak perlu banyak bahan, paling penting mesti ada halia. Ada dua bahagian yang menggunakan halia, pertama sebagai pemerap dan kedua sebagai bahan tumis. Nampak banyak kan, tapi jangan risau, dah nama pun ayam halia. Dan sebelum cm tulis resipi mudah dan ringkas (sesuai untuk yang ingin masak cepat samada untuk berbuka atau bersahur), ada satu kes yang cm agak geram pasal isu guna gambar dari blog DTS di sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping peha ayam bersaiz besar (potong 4 setiap 1, cuci bersih dan toskan)*
1 inci halia, kisar halus*
2 camca besar sos tiram*
2 camca besar sos lada hitam*(*disatukan, gaul rata dan perap 1 jam)
1/2 inci halia, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 cawan air
1 pokok daun bawang, kerat pendek

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis halia dan bawang putih yang dihiris halus tadi. Kemudian masukkan ayam bersama bahan2 perapan, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air dan kacau rata.
  2. Masak hingga ayam empum dan kuah pekat. Tambah bawang besar dan hirisan daun bawang. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika perlu boleh tambah sedikit garam (cm tak letak garam). Angkat dan hidangkan..


12 comments:

lola federer said...

kadang2 xtau nak masak apa..bila rasa mcm xda bahan jer nak masak.. tgk blog ni nmpk ringkas..masak bknla perkara susah rupanya.. boleh cuba ni.. terima kasih pengkongsian kak..

Cida de' Nuanza said...

mmg sedap la masak mcam ni...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam mat...Slmt berpuasa..nampak sedap juadah tu walaupon nampak simple jer.
Minta izin copy resepi sambal tempe goreng kering ya.halalkn..Terima kasih

openid said...

ooo perapkan ayam eh..slalu masak trus. baiklah nak cuba resepi ni. thanx mat!

Hanie said...

Lauk hari pertama berbuka puasa yang emak masak. :)

me a name i call myself said...

Ok, harini boleh masak yg ni hahaha..sebbaik la bulan puasa dpt balik awal :)

mohon exchange link boleh?
http://norllmaster.blogspot.com/

tq!

adzairdawati makdara said...

waaa sangat mudah dan simple utk disediakan.. boleh masak utk sahur nnt ni.. Terima kasih Che mat

Mrs. Ady Firdaus said...

ni feveret saya nihhhh

Aku Penghibur said...

wahh mudahnye , sedap tu

Maz Aziz said...

teringat time anak dara dulu famili suka masakan nie, tapi letak daging... add cabai melaka dipatah2kan dan lada putih mesin.. fuhh mak mertua sentuh bahu pun tak sedar.. hehehee...

sHiMi sHinHae~ said...

seriously .baru je try buat td .sedap sangattt !tq sharing !

Hayati Sensei said...

assalamualaikum mat.. sharing is caring kan... saya nak masak ayam masak halia resepi mat gebu.. heheh

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.