QUICHE KARI AYAM BERCENDAWAN

rsz_quiche_ayam_cendawan
Malam semua, assalammualaikum. Entri akhir malam ini cm letak satu resipi juga yang kerap cm buat. Quiche kari ayam sama cendawan. Kalau anda perhatikan, quiche kurang lebih macam pie, cuma quiche terdedah bahagian atasnya, manakala pie bertututp. Cm macam suka buat quiche sekarang ni, selain nampak comey, buat dia tidak lah susah mana. Untuk memudahkan pembikinannya, anda guna acuan quiche/pie yang dasarnya boleh ditanggalkan. Ada pelbagai saiz acuan yang boleh anda guna, tapi cm guna saiz comel berukuran 6 inci. Dan untuk resipi ini, pastry dia boleh dapat 3 - 4 biji quiche (tapi cm buat 2 biji saja ). Inti boleh anda pelbagaikan dan banyak variasi yang cm telah buat dalam entri2 lepas.  Sesuai untuk minum petang, dan untuk jamuan kecil2lan...Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHAN PASTRI :-)
300 gram tepung gandum
115 gram mentega sejuk, didadu kecil
60 gram shortening @ lemak sayur
1/2 camca besar gula aising
1/3 camca teh garam halus
3 - 4 camca besar air ais

BAHAN-BAHAN INTI :-)
150 gram daging ayam (cm guna bahagian dada). didadu
10 kuntum cendawan butang segar, hiris
1 camca besar rempah kari daging
1/2 camca besar chili flakes
1 kiub pati ayam
1/3 bahagian red capsicum, didadu kecil
7 tangkai kucai, hiris halus (asingkan sedikit untuk hiasan)
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 camca besa air
Secubit gula dan garam (jika perlu)

BAHAN-BAHAN KASTARD :-)
3 biji telur*
4 camca besar parutan keju cheddar (cm guna mozarella)
4 camca besar susu sejat
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PASTRY :- Satukan tepung, gula aising dan garam halus ke dalam mangkuk, gaul rata. Masukkan mentega dan lemak sayur, gaul ramas dengan hujung jari hingga mendapat tekstue seakan2 serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, bungkus dalam plastik dan sejukkan selama 30 minit.
  2. UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali (cm guna non-stick pan). Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan chili flakes dan rempah kari, kacau rata dan masukkan sedikit air. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak. Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna.
  3. Masukkan cendawan gaul rata dan tambah kiub ayam (hancurkan). Tambah capsicum dan masak hingga kering sedikit. Masukkan gula, kacau dan rasa, jika perlu, baru tambah sedikit garam. Akhir sekali masukkan hirisan daun kucai, kacau dan matikan api. Sejukkan.
  4. UNTUK QUICHE KARI AYAM BERCENDAWAN :- Keluarkan doh dari peti sejuk, bagi doh kepada 3 bahagian, ambil satu bahagian, canai antara dua lapisan plastik bersih setebal 0.4 cm, dan biar lebih besar dari acuan. Tanggalkan plastik, berhati2 alihkan ke dalam acuan, kemaskan dan potong lebihan pastry. Buat kaedah sama untuk satu lagi.
  5. Blind bake pastry tadi dalam oven pada suhu 190C selama 15 minit (untuk teknik 'blind-bake', anda boleh rujuk di sini). Keluarkan dari oven. Masukkan inti dalam kedua2 kulit quiche tadi. Sementara itu satukan semua bahan2 kastard dan kacau rata. Tuang ke dalam kulit quiche yang berisi inti tadi. Tabur hirisan daun kucai yang diasingkan tadi dan sambung bakar selama 25 minit lagi hingga kastard mengeras dan permukaan quiche keperangan. Hidangkan suam...

Post a Comment

2 Comments

  1. thanks CM. dapat ilmu baru. baru tahu beza pie dengan quiche

    ReplyDelete
  2. Selalu tengok kat tv chef masak. CM pun sllu masak quiche ni.Teringin juga nak try. Tapi tekak kat rumah ni tekak pior melayu. Payah nak masak mcm ni. :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.