BEN ASHAARI

Saturday, June 15, 2013

AYAM LEMAK CILI PADI...KESUKAAN 'ADY BUDIKA'..

rsz_ayam_lemak_cilipadi
Salam Sabtu, masak apa hari ni?...Tak tau lagi...apa kata try ayam masak lemak cili padi yang menjadi kesukaan sahabat blogger cm 'ady budika'. Memang ini menu utama untuk beliau jika datang bertandang ke pondok cm. Tak susah mana nak memasaknya, cuma style cm masak tidaklah seasli orang2 Negeri Sembilan yang tanpa bawang dan lain2, tapi cm masak ikut apa yang cm suka. Rasa masih ada tidak lari banyak. Mungkin orang Negeri menggunakan santan kelapa yang banyak serta serai yang begitu banyak juga. Terpulang pada masing2. Satu lagi tahap kepedasan, bergantung pada individu, jangan salahkan resipi kalau gulai anda jadi pedas melampau, anda boleh kurangkan, kalau tak tahan pedas sangat, letak 10 - 15 biji pun boleh (nak banding dengan cm yang guna hampir 1/2 cawan). Pada cm, kesedapan juga bergantung pasa kesegaran santan yang digunakan. Tapi kalau tiada, guna sajalah apa yang ada, santan kotak pun bolehh...belasah aje, tapi untuk masa2 darurat saja yea.. Ok resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
4 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1, rendam
5 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
2 keping asam gelugor
1 kiub pati ayam (optional)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 genggam cili padi kampung (jenis hijau)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak hingga mendidih dan ayam sedikit kecut. Tuang santan cair dan tambah kiub ayam (jika guna), kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan kentang (toskan) dan masak dengan api sederhana hingga kentang 3/4 empuk. Tambah asam gelugor dan pati santan. Kacau perlahan. Masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  3. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala hingga ayam dan kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain......


1 comment:

Umie Jazz said...

Assalamualikum cm..mmg sedap ayam masak lomak cili api ni...saya ni bloggers baru menapak..izin jadi followers..saya suka dgn resepi cm...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.