BEN ASHAARI

Wednesday, June 5, 2013

APAM NASI YANG SUKAR DITOLAK.

rsz_apam_beras
Cakkk!!..bertemu kembali, assalammualaikum..err..cm masih ok, bukan mental problem yea. Kang ada yang gosip belakang, "che mat tu kesian kan, rupanya bengong dahh...tak betul, fius dah blow!"...hamboii. Ok kita cerita pasal entri kali ini. Apam yang menjadi kegemaran ramai, apam tradisi yang acap kali mat lihat di blog2 masakan. Bagi anda yang ingin mencuba tapi kurang pasti, sedap ke tak, mat sarankan anda cuba tulis nama resipi tu di Google dan search, kemudian akan keluar blog2 yang telah mencuba, baca feedback mereka dan jika ramai yang mencuba, itu tandanya ia sedap dan menjadi. Cm faham, kadang2 kita was-was nak bikin, takut nanti tak sedap atau apam tak naik. Tapi apam nasi ni insha Allah sedap dan tak renyah membuatnya...Yang penting mesti ada keyakinan..Yearghh!!!.... (beriya2 beno si mat gebu tu...kann)...

rsz_apam_beras1
Cm pernah buat sekali dulu dan kali ni buat lagi. Kasi letak kaler trafficlight dan cm buat dalam acuan kuih lompang yang kecik2 tu. Dapat muai juga dalam 30+ biji. Kalau malas, boleh saja nak buat dalam loyang, lambak kan dan kukus, cuma kalau bekas besar, kena ambik masa lama sikit, kalau bekas comel2 macam ni kurang lebih 15 minit dah masak. Api kena kuat dan tutup kukus kasi balut sama kitchen towel yang bersih. Boleh makan sama kelapa parut yang dikukus sedikit untuk kasi tahan lebih lama, tapi cm makan dengan sambal tumis. Ok jomm kita lihat resipi dan boleh cuba bila ada kelapangan waktu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan nasi sejuk
3/4 cawan gula pasir (cm kurangkan 1 camca besar)
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras*
1 cawan tepung gandum*(*gaul dan ayak)
1 camca teh instant yeast (mauripan)
Pewarna makanan pilihan anda (cm guna kuning, hijau, merah)
Kelapa parut putih + secubit garam = gaul rata

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast. Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir hingga halus. Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin. Bungkus mangkuk dengan plastik dan perap 3 jam.
  2. Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam, letak pewarna makanan pilihan anda dan kacau rata (cm bagi 4 bahagian, 1 biar warna asal yang lain di tambah dengan hijau, kuning dan merah). Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap.
  3. Kukus dengan api kuat selama 15 minit, balut tutup kukus anda dengan kitchen towel yang bersih (tuala 'good morning'). Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut (anda boleh kukus sekejap kelapa parut tadi untuk tahan lebih lama).

18 comments:

aDisH.sHidA said...

jumaat nie mak sedara nak 100 bj...so kena buat 5 adunan la kan...

cantik merekah nya..

eh muai tu typo ye..hehehe

rinduan citarasa said...

sblum nak komen. datin shida sangat pemerhati. pitammm!!!
hahaha. apapun tq datin


cmg, ayu akan try gak. bab mekar dan gebu i sungguh suka

Kjee said...

Salam Che Mat. Kalau tak bubuh gula tak bleh ke? Kjee tak bleh makan manis.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedapnya kalu pepagi dpt apam ni dua tiga ketul...

fazianbatrisyia said...

comel apam ni & sedap. Bila ada nasi lebih tak ingat nak buat, bila tak de nasi lebih masa tu lah nak buat...

roza said...

suke warnanye cantek...

Cik Eka said...

ika mmg suka sungguh apam ni.
tapi eka suka yg kaler putih. hehehehe

Al-Azrul Zakuan said...

warghh..febret ni..dulu time arwah tok masih ada dia selalu buat..huhu

mrs.smile said...

ahakks sesuai dengan tajuk...dah tengok memang tak mampu ditolak sangat mengoda!

Umie Jazz said...

Assalamualikum..CM gebu sungguh sesuai dgn nama tuannya.....

Rozuan Ismail said...

apam makan dengan parut kelapa memang terangkat

hana said...

salam mat..
ko sama ngan aku... mkn apam cicah sambal. membe2 aku mmula mmg kata aku buang tebiat.. tp bila dier tau aku org jhr barulah dier paham... mmg tabiat org jhr.. tabiat vs tebiat lain kan mat? hahahahaha

Lydia Miza said...

Salam
Cm, mmg sedap hari tu cuba buat mkn panas2 laju je. Minta satu yg merah tu. seksi sgt rupanya

Norini Liman said...

Tq Cm. Slalu lebihan nasi buat nasi goreng je esok nya. Tak teringat pun bleh buat kuih apam. Gd idea!. Kuih apam ni mmg sedap mkn ngan sambal :-)

xerra said...

sabtu semalam ada buat dlm loyang, tp agak lembik.. habis gak.. ahad buat lagi, nmpak lebih baik dr semalam.. tak sangka anak2 suka rupanya...

Yatie Aziz said...

Salam, boleh tanya knp apam saya x merekah mcm dlm pic. Tp menjadi gemu elok. Cuma x merekah, permukaan apam rata je. Boleh bg tau mcm mana nak jd kan apam elok merekah?

Muhammad Hafiz said...

nk try nk try,,hrap mjadi lah resepi simple ni

Dalila Yusof said...

Kuih tradisonal memang senang dibuatkan...dulu2 mak suka buat kuih ni....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.