BEN ASHAARI

Sunday, May 12, 2013

RENDANG AYAM BASAH....ERRR BASAH?..

rsz_rendang_lembap
Petang semua, assalammualaikum. Entri pertama Ahad ini cm share resipi rendang ayam basah...err kenapa basah? Sebab bonda yang inginkan rendang seperti ini, nak ada sedikit berkuah yang boleh dicicah sama roti atau lempeng kelapa. Rendang ayam ni biasa2 saja, cuma kurang pedas, Bak kan tak tahan pedas, kalau dia tahan, sah2 cm taruk cili padi segenggam, baru terangkat. Kebiasaannya cm kalau buat rendang suka guna ayam tua atau ayam kampung, tapi ayam kampung zaman sekarang ni dah bela dalam reban dan teksture isi dia pun seakan2 sama dengan ayam bandar. Kalau ayam kampung lepas bebas, isi nya pejal dan agak liat sedikit sana macam ayam pencen. Apa2 pun pilihan anda jika kena gaya masakannya, insha Allah sedap, yang penting keikhlasan dan kasih sayang perlu seiring dalam menyediakan juadah untuk keluarga dan sahabat handai.....Terima kasih sudi membaca resipi cm di bawah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam (kurang lebih 1.3 kg), potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan
4 camca besar rempah rendang Baba's
3 cawan pati santan
2 keping asam gelugor
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit, mayang halus
1 camca besar penuh gula melaka
3 camca besar kerisik
3 camca besar cili kisar (nak pedas boleh tambah lagi)
1 kiub ayam (optinal)
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
15 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras
6 batang serai, hiris halus

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh rempah rendang dengan bahan2 kisar halus, kacau hingga menjadi pes, ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahant tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisat dan tumis hingga cili garing. Masukkan pes rempah, kacau dan biar hingga pecah minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tuang santan, kacau dan tambaj kiub pati ayam. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala. Masukkan kerisik, asam gelugor dan juga sedikit garam. Kacau rata.
  3. Bila pekat, tambah daun limau purut dan gula melaka, kacau. Masak dengan api kecil hingga rendang jadi pekat dan tidak terlalu berkuah. Masukkan daun kunyit yang dimayang halus, kacau dan rasa, jika kurang masin, tambah sedikit garam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..


6 comments:

hana said...

salam mat..
selamat ari ibu mat.. eh wat mak yah lah.. ko wat per! hahaha... smlm aku br merendang.. arini terliur pulak ngan rendang ayam kampung ko tuhh... terbaekkkkk

Bittersweetflavours said...

Mat ...tengok tajuk resepi ni teringat acik pada seorang uwan di Rembau ...dulu acik buat rendang basah2 cam ni le..coz bila makan ada le kuah sikit (tu yg sedap acik suka)...sekali uwan tu cakap orang Pilah pemalas buat rendang tak kering...uuu

Miz H said...

bang mat macam menarik je resepi..sy minta resepi n tumpang msuk dlm belog sy ye ^_^
tqvm

http://mummycheesetart.blogspot.com/

azzy mie said...

Salam...mntk resepi ye...

fad4370 said...

Salam bang Mat,
Saya cuba resipi ni buat masak pada hari raya pertama. Sedap sungguh bang!!! Hingga menjilat jari. Cuma lain kali nak pedaskan sikit je. Tambahkan ngan lada padi... mesti terangkat agaknya.
Saya dah jumpa resipi untuk disimpan... hehe...

Niza Lee said...

as salam...minta resepi ya

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.