BEN ASHAARI

Monday, May 6, 2013

PAI AYAM DAN CENDAWAN..

rsz_pai_ayam_cendawan
Assalammualaikum, apa khabar semua..cm sebenarnya ada benda yang perlukan penjelasan dari pihak Majalah, dan sedang menunggu jawapan dari mereka. Rasanya ini sebagai pengajaran, tak boleh nak lebih kurang dah lepas ni, sebab rasa dipermainkan dan mereka mengambil kesempatan ke atas blogger2 masakan. Serius tak puas hati sangat, huhu. Takpelah kita berusaha dan selebihnya jika dengan izin Allah swt, adalah nanti. Ok berbalik pada entri kali ini, cm buat pai ayam dan pai ayam ini cm buat guna alat khas pembuat pai yang dihadiahkan oleh Kak Ida 1001Resipi. Benda ni memang memudahkan proses membuat pai, dah lah tu, hasilnya pun cantik, masak rata. Konsep pai maker ni kurang lebih macam sandwich maker. Tapi cm tak pasti lah di Malaysia dah ada jual ke tidak, sebab yang ni Kak Ida beli di Australia, mungkin kalau anda nak, boleh bertanya pada Kak Ida di blog beliau di sini....

rsz_pai_ayam_cendawan1rsz_pai_ayam_cendawan2
Cm buat kurang lebih dapat 4 biji pai ayam bersaiz agak besar. Sebiji tu kalau makan habis, rasa kenyang dah. Kalau anda takde pai maker, boleh saya bakar dalam oven. Inti cm guna ayam dan cendawan, kalau tak suka boleh tukar dengan apa2 inti yang anda gemar. Epal hijau pun boleh, dibuang kulit, didadu, goreng dengan mentega, masukkan kismis, gula perang secukupnya dan sedikit serbuk kulit kayu manis. Tambah sedikit tepung jagung untuk kasi pekat. Boleh buat inti, dah jadi apple pie, tak ke mudah. Ok cm kasi tulis resipi...Tapi kalau anda buat guna acuan dan bakar dalam oven, cm tak pastilah berapa biji anda boleh dapat...

BAHAN-BAHAN PASTRI :-)
300 gram tepung gandum
150 gram mentega sejuk, didadu kecil
Secubit garam (kalau guna mentega bergaram atau majerin, tak perlu garam)
4 - 5 camca besar air ais

BAHAN - BAHAN INTI :-)
150 gram dada ayam, didadu kecil
3 kuntum cendawa butang (saiz besar, kalau kecil, guna 4 - 5 kuntum), didadu kecil
3/4 camca teh lada hitam serbuk
1/2 kiub pati ayam
1/2 cawan susu segar
1 biji bawang holland, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
6 tangaki kucai, hiris halus
1 helai bay leaf
1 camca besar penuh tepung gandum
Sedikit serbuk buah pala (optinal)
Garam secukup rasa
1 camca besar penuh mentega

rsz_pairsz_pai1rsz_pai2
rsz_pai3rsz_pai5rsz_pai4
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PASTRI :- Satuka tepung gandum, garam halus (jika guna) dan mentega sejuk. Gaul ramas dengan hujung jari hingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sambl digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, simpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk 30 minit.
  2. UNTUK INTI :- Panaskan mentega, biar cair. Tumis bawang besar, bawang putih dan bay leaf, kacau rata dan masukkan ayam, kacau dan bila ayam berubah warna, tambah cendawan. Goreng sekejap. Tuang susu dan masukkan kiub ayam. Kacau rata dan biar mendidih.
  3. Masukkan tepung gandum, kacau rata dan biar pekat. Tambah garam secukup rasa, lada hitam kisar, serbuk buah pala dan hirisan daun kucai. Kacau rata. Rasa dan jika ok boleh matika api. Biar sejuk.
  4. UNTUK PAI AYAM DAN CENDAWAN :- Keluarkan doh, kemudian bagi kepada 2 bahagian, ambil 1 bahagian dan canai antara 2 helai plastik hingga mendapat doh nipis kurang lebih 3 - 4mm, terap dengan acuan yang sesuai (kalau guna pie maker, memang disertakan sekali dengan pemotong) seperti dalam gambar. 
  5. Panaskan pie maker, ambil bahagian pastri untuk lapisan bawah pai dan masukkan ke dalam pi e maker seperti dalam gambar, kemaskan dan letak inti. Tutup dengan pastri untuk bahagian atas pie pula. Turunkan penutup pie maker dan berhati2 rapatkan. Biar hingga lampu merah beralih kepada hijau. Buka pie maker dan pie akan jadi kuning keemasan seperti dalam gambar.
  6. Keluarkan dan lap pie maker dengan paper towel bersih. Ulang proses yang sama untuk baki doh dan bahan2 tadi. Kalau nak pie lebih perang, boleh biarkan lama sikit dalam pie maker. Hidangkan untuk minum petang...

10 comments:

Salmi Khairil said...

sedapnya..lagi rajin buat kalau ader pai maker macam cik mat tu..hehehe

Sue Bee said...

suka tengok mesin buat pai..agaknya kat mana ada jual menda tu yaa..??

Qashmere said...

Ya allah sedapnyaaa....nak cuba buat...

kkida @ 1001resepi said...

cantik sangat pai mat tu...kkida dah lama tak buat...malas tahap gaban at the moment...:)

faa.rosli said...

cmg kenapa dengan majalah?apa yang diorang buat?

btw, senang giler pie maker ni n nampak sedap..

farah wahida said...

assalamualaikum..wahh..sedap nye nampak che mat..nak cuba resepi ni lah..tpi acuan tu xde la che mat..kt na bole dpt mcm tu che mat?

aima said...

leh cuba ptg ni tapi xde pie maker...kita bakor dlm magic pan la...

wan said...

Tq sedap nyeee leh cuba buat

frazd said...

Saya dah cuba. Menjadi. Saya pun guna pie maker yang sama. Saya suruh blogger umiyumi2 kat perth beli. Sesiapa yang nak beli email kat dia. Hantar dengan pos laju lagi.

frazd said...
This comment has been removed by the author.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.