BEN ASHAARI

Thursday, May 9, 2013

CROISSANT CARAMEL BREAD PUDDING

rsz_croissant_caramel_bread_pudding
Assalammualaikum, selamat petang semua. Cm masukkan entri agak lewat hari ni. Nak masukkan entri makan tengah hari, rasanya dah kerap sangat, menu ulang tayang, pasti anda jemu kalau tengok. Jadi cm terus letak entri pencuci mulut sebagai entri pertama. Mesti ada yang nak tau apa menu tengah hari cm tadi. Cm masak asam pedas ikan, pucuk keledek goreng belacan, nangka rebus dan ulam pegaga, cicah sama air asam budu. Yang ringkas2 saja, kan dah kerap anda lihat dalam blog DTS, menu macam tu. Jadi cm batalkan hasrat nak buatnya sebagai entri, lagi pun gambar cm tak ambik. Pening juga kalau fikirkan pasal masak2 nihh.....anda pening tak?..ke pening bila baca apa cm tulis, yelah jenis takde law, aku main gaul sekali jalan jeee...hehe..

rsz_croissant_caramel_bread_pudding1
Bercerita pasal croissant caramel bread pudding, cm ambil resipi dari Hot Mama, Nigella Lawson tukang masak omputeh yang hebat dan seksi tu.....ehem, jatuh senduk aku..hehe. Tapi cm ubah sikit lah ikut bahan2 yang ada kat rumah.  Rasa dia tak berapa manis tapi 'kaya', jadi makan sedikit2 untuk menikmati rasanya, kalau baham sekali hadap, sah2 muak sampai ke esok hari. Yang cm suka, bau harum karamel tu, buat orang tergoda. Cm taburkan coklat cip atasnya. Resipi ini dalam kategori senang disediakan. Rasa cm croissant caramel bread pudding ini lagi sedap kalau dimakan bersama ais krim, tapi agak kurang sedap jika dimakan bersama sos kastard. Apa2 pun cara anda nak makan, ikut selera masing2, takde halangan, jangan nko seletkan sambal tumis petai udah lahh.. Resipi seperti berikut...

BAHAN - BAHANNYA :-)
3 batang roti croissant @ roti tanduk (cm beli kat TESCO)
1 genggam coklat cip
2 biji telur gred A, dipukul sedikit
200 ml whipping cream
60 ml susu segar
1/2 camca besar mentega
45 ml air
1/2 cawan gula pasir
1/2 camca teh esen vanilla

rsz_copa_2rsz_copa_1
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Lenserkan acuan kaca tahan panas berukuran 5 inci x 7 inci x 1.5 inci dengan mentega. Roti croissant @ roti tanduk dipotong2, kalau anda nak siat2 juga boleh. Susun dalam bekas kaca tadi rata2 dan ketepikan.
  2. Masukkan gula pasir ke dalam periuk bersama air. Masak dengan api sederhana hingga gula bertukar perang, kacau selalu dan pastikan jangan sampai gula jadi terlalu gelap, nanti pahit. Masukkan mentega, kacau rata dan tuang susu segar dan whipping cream ke dalamnya, berhati2. Kacau hingga semua sebati dan matikan api.
  3. Masukkan sedikit bancuhan (anggaran 1/3 cawan)ke dalam telur dan pukul dengan whisk hingga sebati, kemudian tuang baki bancuhan karamel ke dalam telur, kacau dan masukkan esen vanilla. Perlahan2 tuang dalam bekas kaca berisi roti, seperti dalam gambar. Biarkan 10 minit hingga roti kembang, tekan2 sedikit permukaannya.
  4. Tabur coklat cip rata2 dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 - 30 minit atau hingga masak, uji dengan mencucuk hujung pisau, jika keluar bersih, tanda pudding anda telah masak. Sejukkan sebelum dipotong. Sedap dimakan bersama ais krim vanilla....hmmm...
CATATAN MAT GEBU :- Jika permukaan pudding anda cepat perang tapi masih belum masak, tutup permukaannya dengan aluminium foil dan sambung membakar hingga pudding masak. Ayak sedikit gula aising sebagai hiasan, jika suka....Selamat mencuba!!..

12 comments:

MiSs NoRmaLa NorFiqZ said...

Sedappppppnyaaaaa

Kakzakie said...

Aduhh.... ngences kakak dibuatnya:)

iu-hazirah said...

sedapnya, terliur dah ni

Ann Ishak said...

biasanya pakai roti biasa je, tapi yang ni pakai croissant...menarik jugak, nak cubalah hiksss

Maszie Fatah said...


ptg2 bergini terliurlah....

rinduan citarasa said...

konin nak bt bingka sos karstad mlm nie
bila cmg syer. nak bt ini pulak.
mslhnya roti expied daku roti putih biasa

aduh.. meleleq air liur

cikNor said...

holla, en Mat Gebu...resepi yg amat gojes. nak try ler :)

MawardiYunus said...

adeh2 kenapa la aku datang sini memalam ni.. dah la x makan dr petang td.. ni semua salah PCm.. eh eh.. boleh camtu ahhahaha jom tengok Bebek Kagok Negro Bakar?
artikel penuh: http://mawardiyunus.blogspot.com/2013/05/bebek-garang-segar-merangsang.html

Nadia said...

perghhh..melelehhh..

Ummiakid @ lily said...

perghhh...terliur tengok. akan cuba nanti...:)

Nur-nba said...

Memang terangkat.. Rajinnya Cik Mat nih..

Dari buku resepi mak said...

salam..whipping cream tu guna yang dairy or non dairy ? t.kasih

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.