ACAR TIMUN ALA PERANAKAN...

rsz_acar_nyonya
Salam, entri akhir malam ini cuma acar timun ala peranakan yang cm masak untuk digandingkan bersama nasi tomato dalam entri sebelum ini. Bukan susah mana nak masak acar timun ini. Nampak macam banyak bahan2nya, tapi senang disediakan. Timun bahan utama, yelah dah nama pun acar timun dan kenapa pulak ada "ala peranakan?"..sebabnya cm ada gunakan buah keras dalam acar ini, nak kasi dia lebih pekat dan lemak. Acar yang sedap mesti seimbang rasa masam, manis, masin. Tak perlu terlampau manis, tapi rasa masam perlu ada. Acar memang sesuai dimakan bersama nasi berperisa seperti nasi minya, nasi tomato, nasi beriani dan sebagainya. Ini kerana rasa acar yang ada 3m dapat mengurangkan rasa muak nasi berperisa yang dimasak dengan minyak sapi dan pelbagai rempah ratus. Ada macam2 jenis acar, tapi yang cm bikin ni kira fusion....Ok resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji timun saiz besar, kerat 3 atau 4, buang empulur dan hiris jejari*
Sedikit garam*
1 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata dan perap sekejap)
1 batang lobak merah, kerat 3 dan hiris jejari 
1 batang cili merah, kerat 3, buang biji dan hiris jejari
1 batang cili hijau, kerat 3, buang biji dan hiris jejari
10 biji bawang merah, belah 2 setiap 1
5 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
1 inci halia, mayang halus
1 camca besar cili kisar
1 camca besar penuh rempah kari ikan
3 - 4 camca besar gula
2 - 3 camca besar cuka makan (cm guna cuka Jalen)
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
3 biji buah keras, hiris*(*dikisar halus)
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 camca teh penuh biji sawi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis sekejap. Tambah bahan kisar halus dan rempah kari, masak hingga terbit minyak. Masukkan bawang putih, halia dan bawang merah. Tambah gula dan cuka makan. Kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan lobak merah, gaul rata dan masak hingga lobak lembut. Tambah cili merah dan cili hijau. Toskan timun, perah sedikit dan masukkan ke dalam kuali. Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi tomato..

Post a Comment

3 Comments

  1. Mesti sedap ala peranakan lg..nk cuba juga la CMG

    ReplyDelete
  2. Salam, saya minta izin share resepi dan gambar ya. Saya akan creditkan ke laman web tiffinbiru dan pemilik resepi Mat Gebu.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.