BEN ASHAARI

Saturday, April 6, 2013

SAMBAL TELUR MATA KERBAU...

rsz_sambal_telur_mata_kerbau
Assalammualaikum, salam Sabtu. Dah siap makan ke?..Cm cuma rebus2 sayur saja ni hari. Sambal telur ni cm buat semalam dan memang plan nak letak kat blog hari ini. Kadang2, masak yang mudah dan simple itu lagi menyelerakan. Kali ni cm buat telur mata kerbau dulu lepas tu baru dimasukkan ke dalam sambalnya dan masak sekejap. Cm guna 5 biji telur bersaiz agak kecil, telur gred C. Nampak sambal tu agak pekat, kalau anda suka berkuah sedikit tak jadi masalah, tambah je air. Sedap dimakan bersama nasi putih, lempeng, cekodok atau pun roti. Kalau nak makan dengan nasi lemak pun boleh, pilihan atas tangan masing2...ehh macam iklan mengundi pulak. Resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4-5 biji telur
1 biji bawang besar
1 1/2 senduk cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1/2 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur digoreng mata kerbau satu persatu, anngkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah sos cili dan sos tomato, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan pes asam jawa dan sedikit air. Tambah sedikit garam dan gula. Kacau rata dan masukkan telur tadi. Gaul2kan dengan sambal kasi rata. Masak dengan api kecil. Tambah hirisan bawang besar dan biar sekejap.
  3. Bila sambal pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, lempeng pekak, roti atau roti canai....

8 comments:

Azie said...

Saya suka telur dimasak mcm ni

Shaqir Ir Manz said...

boleh cuba ni :)

ibh_sue said...

Cik Mat..Masak telo macam ni sangat senang kan. sesuai bila waktu terdesak. pesen nak cepat.Yg pasti kompem sedap.Hehehee

Cheq Sue said...

saya kalau buat sambal nak yang cair2 berkuah sedikit... :)
* nampak tangan cm pegang kamera kat sudu tu.. heeeeee

Emma Marinie said...

Phewww! Sungguh menawan warnanya...

Nur-nba said...

Suka juga menu simple seperti ni.. Menyelerakan sungguh warnanya.

||aLeaSaRa|| said...

slm cik mat...alah cik mat ni msk apa pun nmpk sdp je best betul tgk foto ni..

saya buat menu ni kalau nk "cepat dimasak sedap dimakan" he3..kdg2 kalau ada stok buah tomato saya tumbuk skli dgn bwg...dh x yh letak sos tomato cuma air asm jawa wajiblah :)

MyMekar.com said...

Walaupun telur, tapi persembahan & mutu gambar nmpk mewah.seolah order mknan d hotel.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.