BEN ASHAARI

Friday, April 5, 2013

PUCUK PAKU MERAH MASAK LEMAK BERSERAI..

rsz_pucuk_paku_merah_masak_lemak
Assalammualaikum, salam Jumaat. Entri ringkas hari ni cm letak resipi yang rasanya dah pernah ada di DTS. Pucuk paku merah yang cm masak ni kami petik sendiri disatu kawasan tepi jalan. Biasanya tumbuh meliar di kawasan bertanah gambut. Kata orang pucuk paku merah ni bagus untuk menambah darah. Tapi ada juga yang kata tak sesuai mereka yang lenguh2 sendi sebab pucuk paku jenis sayur sejuk. Kebiasaannya cm goreng saja, tapi atas permintaan Bak, dia nak masak lemak. Resipi amat2 mudah dan sebab Bak yang nak cm kena guna kiub ayam sebagai perasa tambahan, tapi kalau anda buat, gunalah ikan bilis atau udang kering sebagai perencah. Jangan lupa sertakan sambal belacan dan ikan masin @ ikan goreng sebagai pelengkap......Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk paku merah
2 batang serai
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
1 camca besar udang kering (cm ganti dengn kiub ayam atas faktor kesesuaian)
800 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan daun pucuk paku dari tangkainya. Cuci dan tosksn. Serai dititik, kalau guna udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk kasar. Ketepikan.
  2. Masukkan santan cair dalam periuk bersama hirisan bawang besar, bawang putih, serai titik dan udang kering (jika guna). Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah pucuk paku dan gaul rata. Kalau kurang kuah, tuang sedikit air.
  3. Masukkan santan pekat, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil. Akhir sekali masukkan cili merah hiris, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan masin atau ikan goreng..


9 comments:

nea lopah said...

pucuk paku merah mmg sedap masak lemak putih ni.

Lydia Miza said...

Sedapnye...ada ikan goreng mmg syok ni cm.

Aritu kan cm, perjalanan dari miri ke brunei kiri kanan jalan penuh pucuk paku merah ni. Rasa nk turun pergi petik je.area seri kembangan ni memang susah la nak cari kat pasar

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

dekat mana petik pucuk paku ni, Cik Mat? Bolehlah Kak Sari lak yg petik, mak Kak Sari suka bab petik2 pucuk paku ni tau, hehehe..

adda syuhada said...

cantik plk tengok mangkuk CM tuh..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tak pernah lg pucuk midin ni dimasask lemak... nampak sedap jugak tu..

Sury Abil said...

Ohhh..midin ke...tumis belacan sodappp..mkan hangat2 :-)

Hana Radzi said...

terliurnyerrrr!

meeza maureen said...

kalau di sarawak ia dipanggil midin..selalu digoreng belacan..macam kangkung goreng belacan or paku goreng belacan...

Zara Ismail said...

kalau kat pahang kami buat bubur lambuk dengan isi ikan..giler sedap :)

Kini Anda Boleh Membeli Sendiri Produk Shaklee Secara Online

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.