RENDANG AYAM PALING RINGKAS..

rsz_rendang_ayam
Malam ni cm share satu resipi rendang ayam paling ringkas, errr, tapikan kalau nak masak rendang ayam, sebenarya tidaklah terlalu ringkas, kena buat kerja juga. Kalau nak ringkas sangat, boleh beli dikedai makan, yang tu memang maha ringkas. Cm guna kurang lebih 1 kg ayam yang telah dipotong, saiz ayam yang cm guna besar, jadi cm timbang 1 kg sahaja. Untuk rendang ini cm guna kurang lebih 500 ml pati santan. Sedap dimakan bersama nasi, ketupat, lemang atau pulut kuning, dah macam hari raya pulak. Kalau makan dengan roti pun sedap. Katalah anda buat dan tak habis, selain simpan dalam freezer, anda boleh jadi lebih kreatif, apa kata leraikan isi ayam tadi dan masak kasi kering, lepas tu boleh guna untuk buat pizza nya topping, tak pun sebagai inti roti dan sebagainya. 

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
2 helai daun kunyit, mayang halus
3 helai daun purut
1 keping asam gelugor
1 kiub ayam (optional)
500 ml pati santan
3 camca besar kerisik
1 camca besar penuh gula melaka
4 camca besar rempah rendang Baba's
3 camca besar cili kisar (ikut pedas)
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*(*bahan tumis)
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
8 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh rempah rendang dengan bahan kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah pes rempah dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan biar hingga ayam kecut. Tambah daun limau purut, santan, kerisik dan juga asam gelugor. Gaul rata2 dan masak dengan api sederhana hingga pekat. Tambah kiub ayam dan gula melaka. Kacau rata.
  3. Bila rendang hampir kering, perasakan dengan garam secukupnya. Masukkan daun kunyit yang dimayang halus, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ketupat atau nasi...

Post a Comment

7 Comments

  1. terbaekk...cikNor mmg suka sngt klu yg sempoi2 cam gini :)

    ReplyDelete
  2. kalau nak lagi ringkas, leh beli rendang paste yg dah ready mix. tinggal nk masuk santan & daging je.

    ReplyDelete
  3. ringkas-ringkas pun nampak sedap jer tu, Kak Sari suka rendang yg berkuah sikit, sedap gaul kuah ngan nasi, hehe

    ReplyDelete
  4. ringkas-ringkas pun nampak sedap jer tu, Kak Sari suka rendang yg berkuah sikit, sedap gaul kuah ngan nasi, hehe

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.