BEN ASHAARI

Thursday, April 25, 2013

MENGIDAM TART NENAS NYONYA...

rsz_tart_nenas_nyonya_2

Selamat hari raya, maaf zahir batin, hehe...Datang lah mengong si mat tu...haha, ntah kenapa beberapa hari lepas mengidam sangat nak makan tart nenas. Kat dalam freezer rumah cm memang ada inti tart nenas, baki raya lepas dan masih elok. Kalau nak buat sendiri pun boleh, tapi...errr...segan lah nak kasi alasan malas...alaaa tertulis pulak dah. Resipi tart nenas nyonya ni cm ambik dari blog Kak Jee @ Puan Fauziah Abdul Samad di sini. Kak Jee antara penggemar tegar kueh tart, bak kata Puan Azlita, kalau kita nak resipi yang bess kena lah cuba dari mereka yang memang gemarkannya. Ada logiknya kalau difikir2kan balik. Jadi cm cuba kasi test dan serius sedap, pastrinya kukuh namun bila masuk dalam mulut, terus cair. Satu yang bagus kalau kita pegang dia tak berterabur dengan serdak. Bila buat kueh ni rasa macam nak hari raya pulak...errr ngalah kan budak2...Err boleh minta jasa baik anda bagi sokongan pada geng blogger masakan INI tak?...terima kasih....Ok sambung cerita tart nenas nyonya di bawah....

rsz_tart_nenas_nyonya_1

Sebab inti nenas cm tak banyak maka cm buat 1/2 dari resipi asal (yang cm tulis bawah ni resipi asal). Apa bentuk tart, terpulang pada anda, samada nak bulat atau bujur. Kalau anda perhatikan secara tradisinya, tart nenas gaya orang nyonya, saiznya agak besar dan inti nenas dia, kuss smangat, jenis tak lokek bahan, penuh atas pastry dia dengan inti jem nenas. Tapi versi yang cm buat ni jenis biasa2 saja lah. Nak kasi buat hiasan jaring pastry atas jem tu pun tak sempat (atau yang betulnya...malas). Kalau ada masa dan kelapangan waktu boleh cuba dan rasa, Jika sedap pada tekak anda, boleh buat lagi bila nak raya nanti. Ok jomm kita lihat resipi tapi sebelum tu kasi pantun dulu...
DARI ACEH KE INDERAGIRI,
SINGGAH MELAKA BELI RAGI,
KUEH TEH NYONYA JADI PENYERI,
TAK CUKUP SATU MAKANLAH LAGI,

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram tepung gandum
4 camca besar tepung jagung
3 camca besar gula aising, diayak
200 gram mentega
1/2 camca teh esen vanilla (cm tambah)
2 kuning telur*
Beberapa titik pewarna kuning makanan (cm tambah)*(*disatukan dan kacau sedikit sampai rata)
Sedikit garam halus (kalau guna mentega salted, tak perlu letak garam)
Inti jem nenas secukupnya (kalau nak buat, boleh rujuk di sini)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula aising dan garam halus (jika guna). Gaul rata. Masukkan mentega dan gaul ramas dengan hujung jari hingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti. Masukkan telur kuning sedikit demi sedikit sambil digaul rata hingga mendapat doh yang tidak melekat di mangkuk adunan (ada masa kuning telur tidak habis digunakan). Rehatkan sekejap.
  2. Canai doh antara dua lapisan plastik bersih (tips dari Kak Jee : sapu sedikit minyak pada plastik tadi untuk mengelakkan doh melekat). Canai setebal 1/2 cm. Terap dengan acuan kuih tart kegemaran anda, dan susuh dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
  3. Letakkan inti jem nenas atasnya (gentel2kan inti jem nenas tadi mengikut kesesuian acuan yang anda guna). Buat hingga habis dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 25 minit. Pusing2kan dulang berisi tart, selepas 10 minit dibakar untuk mendapat kuih yang rata masaknya. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam belas kedap udara..

15 comments:

Makngah said...

Cm...santeknya rupa paras tat itewwww.. ada love2 lagi.. :-)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

serius... rasa macam nak buat2 pergi raya rumah CM sekarang..

husna zahidi said...

amboih..comeynyaa..nk mkn pon rasa syg..boleh gituu?? >.<

Ummi said...

Mat, tart tu ko hantar salah alamat ke...alamat Sedenak eh...patut x sampai2 ke Kuantan...huhuuuu. Mcm nak nangisss tengok montok2 jer jem tuh...pijam wat butang baju melayu abg aji boleh? haha...

Mooniqueen said...

Tengok pun tau sedap ni...nampak gaya tahun ni tak merasa la nak ber'tat' sebab tgh berpantang ;(

||aLeaSaRa|| said...

assalamualaikum saya dtg nak beraya...terbau2 tart nenas dr luar he3..


owh ni fav saya.suka mcm ni tak suka yg gulung tu.mak dulu sllu buat sdri dan saya tlg jual kt kwn.skrg mak mls dh nk buat,order je dgn kwn mmg sedap,rupa lbh krg mcm foto kt ats ni.

Dapur Berasap said...

Saya pun baru makan tart ari ahad lepas.. sedap sgt2 nampak gambar tart ni ...ngancam!

MamaAimy said...

Nak tempah blh? terliurnya...huhu

adda syuhada said...

bestnya...

aDisH.sHidA said...

nak cuba la..sebelum nie dok wat tart gulung xde letak tepung jagung pun..pastu telur pun letak sebiji..

eh pcm..ada typo la di para 2..Canai DOK...DOH...shida konpius gak tadi..hehe




Rozuan Ismail said...

kenapa banyak tart nenas yang jual kat kedai kadang2 cepat hancur ye? boleh pcm tlg jawab?

infoahmadi.com said...

blog anda bagus sangat...
saya blogger dari Indonesia..

mungkin anda juga mau visit blog saya ...
saya harap anda sudi..

handphone Terbaru
infoahmadi.com
Harga handphone Terbaru
Harga BlackBerry Terbaru
Kumpulan HP BlackBerry
info fashion terbaru
Berita terbaru
info lowongan kerja
tips dan lifestyle
download game gratis
biodata
biodata artis
kata kata romantis

❤Kamsiah❤ said...

cm..spesis ni tak sakit jari mcm yg gulung tu..adoii nak tekan sampai sakit2 hujung jari...
tgk intinya tu..tak taha..menimbun..

eyeyou said...

perghhh..gebussssssss

amalina natasha naim said...

salam nak tanye,,adunan ni boleh tak buar tart gulung tu?????

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.