BEN ASHAARI

Saturday, August 14, 2010

JEM NENAS ISTIMEWA

Jem Nenas Istimewa
Salam semua, malas nak cerita banyak, N3 kali ni mat nak share satu resipi inti jem nenas khas untuk biskut tat nenas. Walau pun inti tat tradisi lebih digemari ramai, apa kata cuba yang ni sebagai inti tat anda, jem nenas istimewa ini dicampur dengan parutan epal hijau dan juga isi buah oren atau kata omputeh "orange pulp". Mat belum lagi dalam proses membuat biskut raya, jadi hari ni mat buat dulu inti untuk tat. Nenas parut tu mat tapis sedikit, tapi tak perah cuma tekan sedikit, pada mat inti jam nenas untuk tart perlu ada rasa sedikit masam. Epal tu pulak letak saat akhir, rasa dia kan ada ragup2. Untuk yang ni mat guna 1 kg nenas yg siap diparut dan jug 1 cawan gula, kalau nak manis boleh tambah lagi yea...Cuma kelemahan jem tat yang kurang manis ni, ianya cepat berkulat. Untuk tahan lebih lama, boleh simpan dalam peti sejuk sementara membuat biskut tat...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji nenas (atau 1 kg parutan nenas, toskan sedikit airnya)
2 biji epal hijau, buang kulit dan parut kasar
1 biji oren, buang kulit dan ambik isinya (pulp)
1 cawan penuh gula pasir

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan parutan nenas tadi bersama gula pasir ke dalam kuali, kacau rata. Hidupkan api dan biar mendidih. Pada api kecil, kacau sentiasa nenas tadi sehingga pekat. Masukkan isi oren (pulp) dan terus kacau hingga kering.
  2. Akhir sekali masukkan parutan epal hijau, gaul rata dan masak hingga berkilat dan boleh digentel bila jem sejuk. Biar sejuk dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian..

4 comments:

aeinio said...

tq dgn resepi tu.. dah lama tak buat jem sudah lupa...

MAMASYAZA said...

tgk gambar pun dah menitik2 air liur ku

Ctnaemah said...

mat..akak dh amik jem nenas inti merah kat kg smlm..hari tgk ko buat jem nenas letak epal pulak..perghhh dlm peti ais tu ada lg epal ijo & limau..kene tunggu turn raya aji laa nampaknya nak klu test resepi ni..ahahaha

aquahartz said...

assalamualaikum, mat.
kalau nak gantikan apples with other fruits bleh tak? i sure kena gastrik kalau amik apples. any idea?