BEN ASHAARI

Monday, April 1, 2013

KEK ALA 'TIRAMISU'....YANG SEDAPPP!!....

rsz_kek_ala_tiramisu

Petang semua....tajuk entri siap ada tulis "yang sedappp!!"...iyea..iyea je si mat tu, puji kek sendiri sedap...Ehh, tak tipu, kek ni cm buat Sabtu lepas masa Ben dan kawan2 blogger serta orang alkaline water datang bertamu ke rumah cm...Mereka kata sedap, jadi cm tulis lah sedap. Kalau perhatikan nampak rumit tapi boleh dikatakan agak mudah membuatnya. Resipi pun cm gabungkan dari resipi yang ada kat DTS dan juga yang cm ambik di internet. Pada cm apa2 yang kita buat, bahan2 dan peralatan jika cukup lengkap, insha Allah semua kerja amat mudah dan selesa. Kalau anda nak buat cm cadangkan anda ambik masa yang sesuai dan lakukan dengan tenang dan releks, insha Allah hasilnya akan sempurna...

rsz_kek_ala_tiramsu2

Kek ini cm guna sponge kek dan dilapis dengan adunan keju, tak perlu dimasak, cuma perlu disejukkan untuk membekukan lapisan cheese, dah kata ala2 tiramisu yea tak. Kalau ikut resipi asal guna keju mascarpone tapi sebab takde (harga dia pun mahal kat sini 250 gram = RM 20+ ), cm guna cream cheese biasa jee...Sedap juga, liciiinnnnnn okehhh!...Idea menghias ikut kreativiti anda, macam cm buat agak ringkas dan nampak ok jugak kan. Tepi kek tu cm susun dengan sponge finger untuk tiramisu yang anda boleh beli di kedai2 baking. Lepas tu cm tabur parutan coklat, tabur sedikit coklat putih dan hias dengan stoberi dan blueberi. Keliling biskut tu jangan lupa kasi ikat biar nampak more presentable dan comeyy disamping memperkukuhkan lagi rupa kek anda....Nak resipi?...Ok jommmmm...

BAHAN-BAHAN KEK SPONGE :-)
250 gram tepung Optima @ Spongemix
4 biji telur gred A
50 ml susu segar
80 gram mentega, cair dan sejukkan
1 camca teh esen vanilla

BAHAN-BAHAN LAPISAN CHEESE :-)
3 biji telur gred A, asingkan kuning dan putih
10 gram serbuk gelatin halal
80 ml air panas
350 gram cream cheese
200 ml whipping cream
6 camca teh penuh gula kastor
1 camca teh esen vanilla

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
1 camca teh nescafe*
1/2 camca teh mocha flavor (optional)*
3/4 cawan air panas*(*satukan dan kacau rata, ketepikan)
Parutan coklat susu @ coklat masakan secukupnya
Sedikit serbuk koko
Sedikit parutan coklat putih
Strawberry segar untuk hiasan
Blueberry segar untuk hiasan
Biskut jejari untuk tiramisu secukupnya.
Ribbon pilihan anda untuk mengikat kek

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KEK SPONGE :- Panaskan oven pada suhu 180C, masukkan tepung optima @ spongemix, susu dan telur ke dalam mangkuk adunan. Kacau hingga semua rata dan sebati. Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga pekat (kurang lebih 8 minit), masukkan esen vanilla dan mentega cair. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik, hingga rata. Tuang dalam tin 9 inci yang telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dengan kertas minyak. Bakar 30 minit atau hingga kek masak. Keluarkan kek dan terbalikkan atas jaringan, buang kertas pengalas dan biar kek betul2 sejuk.
  2. UNTUK LAPISAN CHEESE :- Satukan gelatin dengan air panas, kacau rata2 dan biar sekejap hingga larut dan kelihatan jernih (kacau sekali sekala). Putar putih telur hingga kental, ketepikan. Kemudian putar juga whipping cream hingga kental. Ketepikan, Dalam mangkuk pemutar, masukkan keju dan gula kastor, putar hingga gula hancur dan keju kembang. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati, tambah esen vanilla. Kacau rata.
  3. Tuang bancuhan gelatin tadi, kacau rata. Tambah whipping cream yang telah diputar dan gaul dengan spatula hingga sebati. Kemudian masukkan pula putih telur yang telah dipukul, gaul dengan kaedah kaup balik hingga rata. Ketepikan sebentar.
  4. UNTUK KEK ALA 'TIRAMISU' :- Kek sponge tadi dipotong kepada 3 lapisan. Ketepikan. Bahagi juga bancuhan cheese kepada 3 bahagian sama banyak. Ketepikan. Menggukan tin kek bulat berukuran 9 inci yang dasarnya boleh dikeluarkan, letak 1 keping potongan kek dalamnya. Renjis2kan dengan bancuhan nescafe tadi hingga rata. Tuang 1 bahagian bancuhan cheese, lapis dengan sekeping lagi potongan kek, renjis2kan lagi dengan bancuhan nescafe hingga rata. Tuang lagi bancuhan cheese. Letak sekeping lagi potongan kek, renjiskan dengan bancuhan nescafe dan akhir sekali tuang baki bancuhan cheese. Ratakan dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 3 jam atau hingga lapisan cheese membeku (cm simpan semalaman).
  5. Keluarkan kek dari peti sejuk. Dengan menggunakan spatula kecil atau pisau kecil, celop dalam air panas dan berhati2 sisipkan spatula atau pisau tadi tepi kek agar mudah dikeluarkan. Ayak serbuk koko rata2 atas kek tadi, hias tepi kek dengan biskut jejari kemudian ikat dengan ribbon biar kukuh. Tabur parutan coklat rata2 atasnya, kemudian tabur sedikit parutan coklat putih. Hias dengan stoberi dan blueberi segar. Simpan dalam peti sejuk sehingga sampai saat untuk dihidangkan......Sedappp i tell you!!!...

10 comments:

Zarina Ibrahim said...

CM...kat mana nak dapat biskut jejari tu? Puas cari kat giant...tesco..care4...tak jumpa...

Mat Gebu said...

@zarina ibrahim - Cm beli dikedai menjual bahan2 baking..

Rieya Ramlee said...

sedapnya!! huhuk...lama dah tak mkn kek!!

JaSSNaNi said...

nak simpan resepi ni cm.. thanks yee...

shera haifa said...

terliurnya.. huhu

A.B.M said...

wahh. menarikk! bookmarked!

Ummi said...

Mat, ngencessnya akak tengok...smlm anniversary akak kan...kan...beli je kek Sponge Vanila Lapis Blueberry dgn topping fresh cream, hahahaha...abg terkejut la konon, walhal dlm hati ada taman *teringin nak makan kek*. Isteri dia ni x baking2 pun sejak pindah...haha. Tp sedap berbaloi gak laaa, kat kedai org Melayu Islam kita laaa...pastu Aiman yg tibai lebih, katanya sedap la mak...separuh (kek 8 in tu) dia makan koo...

Nnt nak buat lah kek ko tayang ni...nak buat, nak buat, nak makaaaannn...huhu

dyba gula-gula said...

sedapnyer tiramisu!!! cheese2 tu mmg nyummmy!!

Anis Ahmad said...

Sedapnya..

Ibu Cergas said...

wah..
cantiknya hiasan...

apa bezanya ya recipe yang ade letak yogurt dan yang ni x de letak yogurt pulak ya..


Mama Iman & Hannan
IbuCergas
Dapur IbuCergas