BEN ASHAARI

Sunday, April 7, 2013

CUCUR KELAPA...

rsz_cucur_kelapa

Assalammualaikum, cm blurr sebenarnya nak berblog sekarang ni, tatau dah nak masak apa. Kalau masak harian kat rumah pun benda2 yang biasa, menu yang sama. Segan juga nak masukkan entri ke blog, sebab berulang2 kali. Kadang2 entri pun nampak 'asal ada', takde lah bess mana. Tapi cm memang dari mula berblog dulu niat nak letak resipi biasa2 yang boleh orang masak selalu, bukan tertumpu resipi2 yang hanya dibuat di musim2 perayaan atau hari2 penting. Namun begitu tetap ada juga resipi2 yang boleh diadaptasi untuk majlis2 istimewa dan sebagainya. Sekarang ni mood berblog tidak sehebat dulu, rasa dah sampai masa cm slow down dan tak perlu nak terlampau tumpukan perhatian pada blog, namun begitu blog tetap berada dalam hati, tak banyak sikit cm mesti kemas kini walaupun hanya entri cucur kelapa seperti entri yang ini.....

rsz_cucur_kelapa1

Pagi tadi cm sangat2 gerammm (grrrr) tapi cm masih boleh kawal perasaan dan sampai terlena sekejap petang tadi. Lepas solat asar, bonda minta buatkan cucur kelapa untuk minum petang. Boleh saja, tak susah mana, kelapa parut pun memang cm dah siap2 simpan dalam freezer. Benda ni agak biasa dan sudah pasti anda juga biasa buat. Sedap dimakan bersama sambal tumis atau sos pilihan anda. Ada yang suka cicah dengan gula pasir. Cm lebih gemar makan dengan sos cili atau sambal tumis. Cucur kelapa lebih sedap menggunakan kelapa yang agak muda, yang biasanya digunakan untuk membuat inti. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/4 cawan kelapa parut putih
1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 camca teh baking powder
1 1/4 cawan air atau secukupnya
1/2 camca teh garam atau secukup rasa
Sos cili atau sambal tumis sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, kelapa parut, baking powder dan garam. Gaul rata dan tuang air sambil diadun hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu cair atau pekat (adunan yang boleh di'jemput'). Rehatkan sekejap.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Sudukan 3/4 camca besar adunan ke dalam minyak panas, atau anda boleh 'jemput' adunan tadi guna jari. Kemudian goreng hingga kuning keemasan pada keseluruh bahagian, guna api sederhana.
  3. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos cili atau sambal tumis, untuk minum petang/sarapan pagi. Sedap dimakan panas..

6 comments:

rinduan citarasa said...

wahhh
buat ayu lapar..
layan petang2 mmg syokkk

cik chinta said...

napela tym kt wat jemput2 x kembung gtu? geram btulla

aku eryati said...

Mcm sedap...nak try wat nt

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

Tak pernah makan cucur kelapa, cuma ikan bilis dan udang saja , lain Kali nak cuma Ini.

deno said...

cucur kelapa belum pernah cuba.. lempeng kelapa pernah...

Dayang Christina said...

nampak sedap...sebenarnya slalu jgk try msk resepi dr blog ne...smua sedap2...thanks yer...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.